Bab 10
Wah! Sedapnya! Lama tak makan makanan macam ni! Lagi-lagi mummy masak! Ini aku suka ni! Sayang mummy!
Ikan bilis sambal petai, tempoyak ikan patin, pucuk paku masak gulai lemak cili padi... Pergh! Layan!
Walaupun mummy kacukan, tetapi dia pro tau masak benda-benda ni. Ini barulah namanya Melayu tulen! Haaa.
Aku menyenduk nasi ke pingganku di dapur dan terus ke meja makan. Bau lauk menusuk ke hidung, perut pun dah buat konsert Amy Search.
“Amboi... Kemain lagi ye... Makan tak ajak orang mat salih ni!” Mummy bercekak pinggan.
Aku tersengih. “Terima kasih mummy. Untuk masak makanan ni... Sayang mummy. Jemputlah duduk, mummy...” aku membuat suara manja dan muka comel
Mummy hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Daddy! Rayyan! Makan malam dah siap!” Mummy menjerit memanggil daddy dan Rayyan untuk turun bawah, makan.
Bila Rayyan turun tangga, habis bergegar rumah macam ada gempa bumi! Badan tak gemuk, tapi berat! Laparlah tu budak tu.
“Yay makan!” Rayyan terus mengambil tempat. Macam budak kecil. Kanak-kanak Ribena tualah katakan.
Kemudian daddy pula turun dengan memakai t-shirt berkolar dan kain pelikat. Dia menarik bau. Kemudian dia menghidu makanan. “Sedapnya bau...”
Oh daddy memang kuat makan! Hehehe.
"Eh, daddy, daddy dah ambil bau cukuplah. Kalau dah ambil bau dah kira kenyang." Rayyan tersengih.
"Kang kamu yang tak boleh makan kang..." balas daddy.
Kami sekeluarga menjamu selera bersama di meja makan. Ah, rindunya suasana ni... Sakat-menyakat, ketawa, makan sedap-sedap, dan paling penting, bersama orang yang paling tersayang. Paling terdekat. Ya Allah, moga keluargaku sentiasa harmoni dan sejahtera seperti begini.
Amin.
“Kamu tak ajak si Cam tu sekali ke, Mia?”
Soalan mummy membuatku tersedak. Tengah sedap-sedap makan, mummy ni boleh pula tanya benda mengarut! Aku minum seteguk air oren yang aku buat.
“Ha’ah, abang Cam duduk mana eh?” Rayyan menyampuk.
Eh sibuklah budak ni. “Damansara Indah.” Aku menjawab acuh tak acuh.
Daddy memandangku. “Dekatlah tu.”
Aku tersenyum kelat. Macam mana nak cakap yang aku dan Cam tu tak ada apa-apa? Susah betul nak terangkan!
“Ada merancang nak kahwin ke?” giat mummy.
Mummy ni mengarutlah! Ya Allah, Jes, tak baik. Nasib baik aku sempat meneguk air oren. Kalau tidak, memang aku suka tersembur kat muka Rayyan. “Mia muda lagi lah, mummy....”
Boleh pula nak buat lawak tengah makan sedap-sedap ni. “Mummy bukannya apa... Kamu tu nak jadi doktor. Belajar susah, banyak kerja. Banyak tanggungjawab.”
“Mia tahu, mummy...” aku hanya mampu menunduk. Sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa susahnya jadi doktor ni. Orang yang nak jadi doktor tu pun tahu rasa perit tu. Macam apa yang aku rasalah.
Tapi, apa motif mummy ni?
“Mummy nak kamu kahwin dalam masa terdekat ni. Tengah cuti ni.”
“Hah?” Aku ternganga dengan mulutku masih di penuhi dengan nasi. Mana tak terkejut?!
Rayyan cuba menahan tawa.
“Telanlah dulu makanan tu Mia oi...” kata daddy.
Aku mengunyah dan menelan makananku. Setelah itu, aku terus meneguk minumanku.
Ambil nafas.... Aku menghembuskan nafas dengan keluhan yang berat. “Apa yang mummy cakap ni?”
“Yelah... Kamu tu bila dah jadi doktor, susah nak rancang kahwin! Nanti asyik-asyik kena tundalah apalah. Lagipun, mummy nak anak cepat!”
Serabut fikiran aku. Aku sudah mula pening kepala. Seleraku mati setelah mendengar kata-kata mummy.
“Mia penat. Mia naik atas dulu.” Aku pergi ke dapur dan basuh tangan kemudian terus menaiki tangga.
“Oi, makcik! Pinggan ni siapa nak basuh?” jerit Rayyan.
“Kau basuhlah!” aku terus masuk ke dalam bilikku. Tubuhku di hempas ke katil kesayangan.
What type of joke is this? What in the world is happening? Ya Allah.
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Siapa pula call aku ni? Ish. Kacau!
Private number? Apa benda pulak ni? Aku menjawab panggilan tersebut.
“Hello?”
“Ini Jes ke? Jes Amelia?”
Aku mengeluh. “Yes, who’s this?”
“Your boyfriend.”
Aku mendengus. Boyfriend aku Matt Lanter aje, aku menggumam. “Matt Lanter? David Henrie? Logan Lerman? Hah! I know! Zac Efron.”
"How could you cheat behind me, baby....."
Apa ke jadahlah mamat ni nak prank call aku masa aku tak ada mood ni. Dengan aksen British dia. "I'm sorry, everyone loves fabulous Jes."
Berangan habis minah ni! “For god’s sake, it’s me, Cam!”
Perosak hidup rupanya yang menelefon aku. “Mana kau dapat nombor ni?” aku bertanya malas.
“Xavier...” jawab Cam, selamba. "At least bagilah salam ke, hai ke, oh-my-god-I-miss-you-cute-guy ke, terharunya-you-sanggup-mintak-nombor-I-ke, oh-my-god-James-Marsden-just-called-me-ke, I-love-Justin-Bieber ke...."
Ugh. Tak bagi orang senang langsung. Lagi bangang dia kata aku suka Justin Bieber. Dia ingat aku ni budak belas tahun lagi ke apa? “What do you want?”
Sunyi beberapa saat. Macam tak ada mood je minah ni. Cam menarik nafas. “You tak ada mood ke?”
Eh ada! Boleh keluar pergi kelab lagi! Sumpah aku tak ada mood. “Cakaplah nak apa. Wasting time ah!”
Ek eleh minah ni kerek ah! Aku dengan baik hati bazir kredit call dia! “It’s okay if you tak ada mood. I’ll leave you alone now. I’ll talk to you later, okey? Jumpa esok, bye.” Talian di matikan.
Pulak dah. Ni satu dunia ke nak rosakkan hidup aku? Tambah-tambah lagi bila mamat ni muncul. Kacaulah!!!
Akhirnya sampai jua di rumahku syurgaku. Cam mencari parkir di Casa Indah kondominium. Terima kasih sangatlah kat papa yang bagi kondominium ni walaupun dah berapa kali dia kata dia tak nak. Orang dah bagi, ambil jelah.
Bila lif akhirnya sampai ke tingkat 14, pintu lif terbuka. Cam melangkah keluar dari lif.
Sudah setahun dia tidak duduk di sini. Menetap di sini. Masih sama. Ala-ala moden, berwarna hitam dan putih. Sofa berwarna hitam dan merah. Meja berwarna putih. TV LCD seakan-akan terlekat di dinding. Meja makan berwarna putih, kerusi juga putih. Dapur hitam putih. Memang semua hitam putih.
Cam melabuhkan punggung di sofa dan menghidupkan televisyen dengan alat kawalannya. Dia mengeluarkan iPhonenya dari poket dan melihat Whatsappnya.
Jes Amelia di dalam contact Whatsapp. Nak mesej ke tak... Nak mesej ke tak.... Nanti-nanti ah! Baru je tadi call dia. Dia meletakkan telefonnya di meja dan menonton televisyen.
Bab 11
Aaargh! Apa benda mengarut ni? Aku terbangun dari tidur. Dah buka pendingin hawa pun berpeluh. Aku menelan air liur. Dahaga! Bukan sahaja dahagakan air, tetapi dahagakan udara! Aku seakan-akan kekurangan udara. Aku bernafas dengan laju.
Ini adalah mimpi paling buruk sekali!
Ada ke dia boleh mimpi.... kahwin dengan Cam? Ada anak pulak tu! Mengarutnya...
Ada ke dia mimpi dia reject Matt Lanter sebab nakkan Cam? Ya Allah tak mungkin! Aku nak Matt Lanter juga! Matt Lanter! Dah elok-elok Matt Lanter masuk dalam mimpi aku, sibuk pula si kambing tu menyelit masuk. Paling pelik, aku nak dia?
Memang gila.
Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat skrin. Dua suku pagi. Dah biasa dah. Kalau tidur awal, mesti terbangun pukul dua ke empat pagi.
Selalunya waktu macam ni aku pergi buka laptop dan pasang lagu kuat-kuat. Iyalah, aku ni paranoid tahap kronik. Takut ada bunyi apa-apa ke. Jadi aku buka lagu jadi aku tak adalah risau sangat. Tak peduli pasal apa-apa. Cuma dengar lagu je.
Twitter didahulukan! Hehehe. Mesti ramai tak tidur lagi ni. Aku melihat followers aku. Eh?
@CamSamuels
Cam Samuels?! Amboi, omputih kemain! Aku melihat profil pengguna tersebut. Ha, dah agak dah!
Kamal Samuels.
Muhammad Kamal Adam bin Muhammad Mikhail Samuels. Aku teringat nama panjangnya. Panjang betul.
Hari ini. Hari Sabtu. Perkahwinan bekas teman wanita Cam. Dan aku akan menjadi ‘teman wanita’ barunya. Nak pakai baju apa ni? Aku teringat kad kredit Cam. Nak pakai ke tak?
Aku mencapai telefonku dan pergi ke Whatsapp. Aku kena call dia. Kena!
Tapi...
Dah tertekan. Dah terlambat. Jatuh reputasi aku telefon dia dahulu. Pecah rekod Cam lelaki pertama aku telefon dahulu, bukan dia yang telefon. Selalunya lelaki telefon aku dulu, bukan aku yang mula dulu. Tak mungkin aku nak buat macam tu!
“H-helo?” suaraku menggeletar.
“Tak tidur lagi?”
Oh. Sekarang pukul dua setengah pagi! Aduhai!
“Sorry ganggu...”
Terdengar Cam tertawa di hujung talian. “Insomnia ke apa ni? Call orang pagi-pagi pula itu.”
Aku menggigit bibir. “I terbangunlah. You tak tidur ke?”
“Tak, susah nak tidur. And thanks for following me in Twitter.”
Baiklah, dia tengah on Twitter rupanya. “Whatever. So... I call you bukan apa, not for chit chat or whatever. I want to ask you, nak pakai baju apa ni?”
Idea bernas timbul di minda Cam. Dia tersengih. “You ada kad kredit tu kan?”
“Uh huh....” Aku menjawab antara nak tak nak. Dia nak apa ni? Nak balik ke? Aku tak spend lagi.
“Ok, pukul sembilan nanti, I ambil you. Kita pergi shopping.”
Aku ternganga mendengar jawapannya. Apa dia? Shopping? “Hah?”
“Yes, shopping. I ada plan. Esok kita kena pakai sedondon! Dan I nak tengok baju apa you pilih dan I nak you tolong I cari baju.”
Apa ke..... Aku sudah kehilangan kata-kata. Nak cakap apa ni...
“No exception. Please, sayang?” Cam berkata dengan suara yang boleh mencuri hati semua gadis.
Jantungku berdegup. Senangnya dia panggil aku sayang. Ni mesti pencuri hati kelas satu ni. Jangan cair, Jes, jangan. Aku menelan air liur. “Tapi...”
“Please...”
Aku mengeluh. Mengalah. “Ok. Fine.”
Cam terasa seperti ingin melompat katil. Yes! “Ok, I’ll pick you at 9AM.”
Sebelum aku ingin berkata apa-apa, dia sudah mengakhiri perbualan.
Menyesal aku beri dia kad alamat aku!
Perlahan-lahan... Perlahan-lahan... Aku menarik nafas.
“Nak pergi mana tu?” tanya daddy. Aku sudah bersiap ingin berjumpa Cam.
Aku menggigit bibir. “Mia nak pergi... j-j-jumpa...” Kenapa dah macam robot pulak aku cakap ni. Tak pun macam Nicki Minaj tengah rap. Tergagap-gapap. Seganlah nak cakap kat daddy. Cuba bayangkan nak cakap dekat bapa sendiri ktia nak keluar dengan lelaki? Especially lelaki yang tergedik-gedik cakap aku girlfriend dia. Gedik beno.
“Cam?”
Aku mengangguk perlahan.
Daddy tersenyum. Aik? Daddy senyum aku nak jumpa lelaki? “Jaga diri baik-baik. Nak duit tak?”
“Err...”
“Suruh dia belanja. Nanti dia pakai duit awak je.”
Aku hanya tersenyum kelat. Telefonku berbunyi. Notification Whatsapp masuk. Aku mengeluarkan telefonku.
‘I’m outside.’
“Okey, daddy, dia dah sampai.” Aku meminta kebenaranku untuk keluar.
“Suruhlah dia masuk dulu.”
Rahangku terjatuh. Biar betul... “Dad-“
“Suruh dia masuk.” Ujar daddy, tegas.
Aku mengangguk laju dan terus melangkah keluar dari rumah. Kelihatan kereta Mercedes Benz berwarna hitam.
Sungguh aku berasa gementar sangat. Ini kali pertama aku keluar dengan lelaki. Dengan Allen tu, jalan-jalan biasa sahaja. Melepak. Tapi membeli belah? Di mall? Dengan lelaki? Sekali pun tidak pernah!
Cam keluar dari kereta dengan senyuman. Kacaknya... Dengan baju t-shirt berwarna hitam dan lengan bajunya di tarik ke siku. Rambutnya pula di biarkan selekeh. Tetapi kacak.
Apa aku fikir ni? Jauhkanlah fikiran tu! Aku teragak-agak untuk mempelawa dia masuk. “Daddy ajak you masuk rumah. Breakfast.” Suka hati aku je kata breakfast. Makanan ada ke tidak pun aku tak tahu. Mesti ada daddy beli roti canai tapi tak tahu ada lebihan ke tidak.
Dia hanya mengangguk dan masuk ke dalam keretanya untuk menutup enjin. Kemudian dia keluar dari kereta dan terus berkata “Jom”.
Tak pernah dalam seumur hidup aku membawa lelaki masuk rumah. Sekali pun tak pernah! Lagipun dating pun tak pernah.
“Assalamu’alaikum, uncle.” Cam bersalam dengan daddy. Mak aih, tengok dia pun, pijak semut pun tak mati!
Daddy hanya menyambut salam. “Cam, duduk.”
Aku terus ke dapur untuk membuat air teh. Selalu kalau ada tetamu, mesti kena buat air, kan? Haaa.
“Tu siapa kat luar tu?” Mummy bertanya. Aku melihat apa yang di masaknya. Pancake. Nasib baik daddy suruh Cam masuk. Kalau tak, tak sempat aku nak makan pancake!
Aku melihat di ruang tamu. Daddy dan Cam sedang berborak tentang sesuatu. “Oh, uh, Cam ajak keluar. Daddy suruh Cam masuk dulu. Tu Cam.”
“Oh... Anak mummy nak datinglah ni...” Mummy hanya tersenyum.
Darah menyirap ke muka. Mesti aku dah blushing ni. Malu! “Mana ada... Nak beli baju untuk malam ni. Malam ni, kawan dia kahwin. Dia ajak Mia.”
Mummy hanya mengangguk. “Cam tu nampak baik sahaja mummy tengok.”
Haktuih! Puih! Loya tekak aku dengar apa yang mummy cakap. Cam? Baik? Pertemuan pertama pun dah kurang ajar, mummy. Aku hanya senyum pahit.
“Ceritalah kat mummy pasal kamu berdua ni.”
Ini memang.... tak tahu nak cakap apa. Aku mengambil jag air dan kotak uncang teh. Aku mengambil seuncang teh dan masukkan di dalam jag. Nak jawab apa kat mummy ni... “Ce-cerita.. ma-macam ma-mana?” Aku sudah mula tergagap. Jantung berdegup macam F1 dah.
“Alah, pasal macam mana kamu berdua bertemu, pasal dia, pasal apa-apa jelah!”
Nak cakap macam ni? “Err... Cam... terlanggar Mia...” Betullah, dia langgar aku! “Kita orang terlanggar dekat entrance asrama Mia...” Aku menuang air panas ke dalam jag dan memasukkan enam sudu gula. Aku menarik nafas dan menyambung cerita sambil mengacau air teh. “Lepas itu, kita orang terjumpa lagi. Rupanya, Cam kawan Xavier, boyfriend Mika.”
Mummy hanya mengangguk, mendengar ceritaku dengan teliti.
“Sejak itu, kami... rapat.” Padahal ‘sejak itu’ itu minggu lepas. Dan kami tak rapat langsung! Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah hambamu kerana menipu... “Sebenarnya, kami banyak bergaduh. Sejak pertemuan pertama lagi. Kami banyak... bertengkar mulut. Perli-memerli semua.”
Mummy hanya tersenyum. Aik? Tak tanya kami ini suka bergaduh sebab apa ke?
“Lepas itu tiba-tiba, dia ajak Mia pergi majlis kahwin.... kawan dia.” Takkan nak cakap majlis kahwin bekas wanita dia kot. Biarlah rahsia. “Mia pun macam, eh tiba-tiba je dia ni ajak orang. Lepas itu dia katalah, majlis itu kena ada pasangan. Dan dia kata, Mia sorang je tak syok sangat kat dia. Yelah, kita orangkan banyak gaduh. Jadi Mia pun tolong jelah. Dia dah terdesak sangat sampai sanggup belikan tiket balik Malaysia semua.”
Biarlah aku berterus-terang. Mummy sudah seperti kawan baik aku. Ibu yang paling sporting. Kerana itu aku sayang mummy. Aku selalu berterus terang dengan dia. Itulah baiknya ada mummy yang memahami.
“Oh, jadi macam itulah. Sebab itulah kamu berdua balik sama-sama?”
Aku hanya mengangguk.
“Kamu berdua ini... ada apa-apa ke?”
Aku mengeluh. “Mummy... Kan Mia dah kata, Mia cuma temankan dia pergi majlis kahwin itu. Lepas itu, mungkin kami stop rapat kot.”
Mummy mengangkat satu kening. “Mia rasa macam itu?”
Aku menjongket bahu sebelah. “Mungkin?”
“Well you know what?” mummy memegang bahuku. “I think he likes you. And I see him, he has a good potential to be my son-in-law.”
“Mummy!” Aku berkerut dahi dan memuncungkan mulut.
“Well, mother insticts, sweetheart.” Mummy membawa pinggan pancake bersama madu ke hadapan.
Aku menepuk dahi dan membawa tanganku ke leher. Macam-macam betullah. Kemudian aku membawa sedulang jag air bersama dengan cawan dan piring ke hadapan.
Kami berempat, aku, mummy, daddy dan Cam berada di meja makan, menjamu pancake mummy yang memang sedap yang memang kegemaranku dari dahulu lagi.
“Pukul berapa kamu nak hantar anak dara saya balik?”
Aku hanya menunduk. Aiii, cara daddy cakap ni macam aku ni barang pinjam sahaja...
Cam tersenyum. “Macam ini uncle, saya nak bawa dia pergi shopping complex. Beli baju semua. Nanti dia pulang, tukar baju dan bersiap semua, saya akan bawa dia pergi majlis kahwin kawan saya. Majlis tu mula pukul lapan malam. Jadi, saya nak minta kebenaran uncle, boleh tak saya bawa Jes untuk temankan saya ke majlis kahwin itu?”
Gentleman punya ayat nak bawa aku keluar.
“Baiklah, saya benarkan.” Daddy berkata setelah menelan pancake yang di kunyahnya. “Tetapi, ada satu syarat.”
Aku dan Cam memandang daddy sekali gus.
“Make sure kamu bawa dia balik dalam keadaan yang selamat. Dan pastikan jangan balik lewat. Sebelum pukul dua, kamu dah hantar dia balik. Dan Mia, daddy akan telefon Mia setiap setengah jam. Okey?”
Aku menelan air liur. Nak tak nak terima jelah. Aku mengangguk perlahan.
“Saya janji uncle, saya akan jaga dia sebaik mungkin.” Cam berkata dengan bersungguh-sungguh.
Aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar tetapi di dalam masa yang sama aku rasa.... tak sabar? Aku rasa gementar dan teruja. Pelik, kan? Macam apa yang aku rasa masa nak balik Malaysia waktu kat Edinburgh.
No comments:
Post a Comment