this blog is just my past now. sometimes i'm only here for occasional rants/lepaskan geram that i hope no one will read anymore.

For more information, Visit ;

Friday, January 27, 2012

Bab 4 jeng jeng jeng lol.

Every chapter I will do introduction, nak bagi surprise sikit, so people won't read from their home, you know, in the box. They need to click first then they can read it. So imma talk and talk and talk and talk harharhar. And I know it's boring, and thanks if you think it's good hahaha perasan hehe. Anyways, err, enjoy?

Bab 4

Hari ini Allen mengajakku keluar lagi. Aku mengajak rakan sekuliahku, Veronica, atau lebih dikenali sebagai Vee. Kami menunggu di sebuah kafe yang kami sering berkunjung. Hampir setiap hari aku dan rakan-rakanku lepak di sana. Ramai pelajar yang sama universiti denganku juga sering ke sana.

“Aah, I baru finish baca buku Fallen. Buku itu best!”

Apa yang aku suka tentang Veronica adalah dia memang fasih sedikit dalam berbahasa Melayu walaupun ada yang dia pelat. Paling aku suka, dia ada banyak persamaan denganku. Jadi kalau kami bertemu, memang banyaklah kami bercoleteh.

Really?” Aku tersenyum sehingga menampakkan gigiku. “Bestnya! I nak beli hari tu, tapi masa itu, tak bawa duit. Nak pinjam! Nak pinjam!”

Tak malu betul aku. Nak pinjam buku orang, senang je, bagi muka tembok je dorang dah bagi. Orang nak pinjam kau tak bagi. Haih, Jes, Jes.

Veronica tersenyum. Kenal sangat dengan perangaiku. “Boleh je. Banyak part romantik tahu...”

Aku tersengih. Tahu-tahu je, Vee ni!

Hah, ada pun batang hidung Allen. Dia hanya datang seorang. Memang selalu begini. Kalau Mika tidak dapat meluangkan masa denganku, aku akan meluangkan masa bersama Allen dan Veronica. Tak pun dengan Rani, rakan indiaku dengan Kim, rakan cinaku. Aku memang suka berkawan, cuma nak buat kawan baru tu susah lah sebab aku tak reti nak panjangkan perbualan. Aku hanya betul-betul selesa bercakap dengan orang yang aku sudah biasa sahaja.

“Hey!” tegur Allen.

“Hai!” serentak aku dan Veronica menegur.

“Lama tunggu?” Ha, ini lagi seorang kawanku yang pandai berbahasa Melayu. Dia kan peramah, memang ramai rakan dari bangsa yang berlainan.

“Tak, baru sahaja.” Veronica yang menjawab soalan Allen.

Oh tidak. Muncul pula muka yang aku tidak mahu pandang. Riak mukaku berubah.

Allen yang duduk dihadapanku perasan dengan mukaku. “Why, Jes?”

Aku menggeleng. Orang yang aku tidak sudi untuk memandang itu perasan dengan kewujudanku. Ingatkan dah tak nak pandang dah.

Veronica memandangku. “What’s wrong, Jes?”

Aku tersenyum. “Nothing, really. Just, something, um, bothering me... In my mind... It’s nothing really!”

Veronica dan Allen memandangku dengan aneh. Biarlah.

Tiba-tiba orang yang aku tidak mahu berjumpa berjalan kearahku. “Helo, Jes.”

Aku menjeling. “Nak pulak kau tegur aku.” Memang geram aku dibuatnya. Aku mengetap bibir.

Apasal lah mamat celup ni ada! Nak sakitkan hati aku lagi ke? Ingat dah tak nak tegur aku lagi. Apa ada benda sampuk dia ke sampai terpaksa tegur aku ni?

Allen dan Veronica memandangnya. Aku memandang ke arah tingkap disebelahku.

“Jes, we need to talk. Now.”

Aku mendiamkan diri. Tak nak! Entah apa lagi ayat pedas kau nak keluarkan kat aku. Tak sanggup lagi nak dengar!

“Asal? Nak gaduh lagi ke?” aku bertanya sinis tanpa memandangnya.

Allen memandangku dengan riak wajah yang risau. Veronica mengusap bahuku. “Just go talk to him then tell us what’s happening,” dia membisik.

Aku menutup mata dan mengetap bibir.

“Takkan kau nak tidur sini kut...” kata Cam dengan sinis.

Mataku tepat memandang Cam dengan renungan tajam. Kurang ajar.

Dia tersenyum. Senyum sinis. Nampak sangat. “Pandang pun.”

Akhirnya aku berani bersuara. “Kau nak apa sebenarnya? Sakitkan hati aku lagi? Kau tahu tak aku perempuan? Aku sensitif! Semalam kau kata kau tak nak cakap dengan aku lagi. Ni apa benda yang rasuk kau ni?!” Aku sedar suaraku agak kuat. Semua memandangku. Ah peduli apa!

“Rilek ah. Aku cakap tak nak berbaik, bukan tak nak bercakap. Kau ni muda lagi tapi dah macam nenek dah. Pelupa! Ke kau ada amnesia?”

Amboi! Pedasnya ayat dia. Aku menyumpah dalam hati. “Eh, mamat celup, kau nak apa hah?”

Memang jelas daripada muka dia yang dia memang terkejut dengan apa yang aku panggil dia. Hah, padan ah dengan kau, kamera. Kamera celup. Aku memeluk tubuh. Malas nak layan mamat tu. Ayat dia lebih pedas dari Nandos Hot Peri-Peri Crisps.

Tiba-tiba tanganku ditarik kasar oleh dia. Eh apahal mamat ni?! “Sini kau, minah karpet!”

Minah karpet dipanggilnya aku?! Aku tahulah kau jealous aku orang Arab! Orang British buat apa! Huh! Okey, jangan cepat melatah, Jes.

Aku cuba menarik tanganku untuk dilepaskan dari dia namun dia tetap menggenggam dengan erat dan menarikku keluar dari kafe tersebut. Ow, sakitlah, gila!!! “Weh, kerek, lepaskan lah!” Tengoklah lengan dia, berotot. Dada dia pun. Badan dia besar, badan aku ni kecik! Apalah daya seorang gadis comel molek yang kecil berbanding dengan lelaki berbadan tegap ni. Aaargh!

Akhirnya dia melepaskan tanganku. Aku melihat tanganku yang kemerah-merahan. “Kau tengok tangan aku apa kau buat! Sakit tahu! Aku perempuan lah!”

Dia memberikanku senyuman yang sinis. Kacak... tetapi menyakitkan hati! Sial. Tahan, Jes, tahan. “Manja.” Dia berkata dengan suara yang sinis sekali buatku.

“Memang!” kataku tanpa memandangnya. Tak hingin aku pandang dia! “Kau nak apa?”

“Kau cakap dengan siapa?”

Baaab..... iiiiiiiii! Aku memandangnya. “Kambing! Dengan kau ah, kam-bing!”

Buntang matanya memandangku. “Kurang ajar kau. Dah lah cakap tak tengok kat mata, manalah tahu kau cakap dengan benda lain ke apa. Almaklumlah kau ni kan ada masalah mental. Ngeri aku. Sekarang kau panggil aku kambing pulak?” Dia memeluk tubuhnya seolah-olah dia ngeri dengan sesuatu.

Kambing ah mamat ni. “Nama dahlah kambing, kurang ajar lagi tu. Mamat celup. Cepatlah, kau nak apa, Encik Bing?”

Cam mengetap bibir. Geram lah tu! Muahahahaha!

“Aku nak kau...”

Terkejut aku. Biar betul dia? Aku memang betul-betul terkejut. “Apa benda kau cakap ni?!”

“Dengarlah, aku tak habis cakap lagi ni.” Dia menarik nafas dan lepas. “Okey. Aku nak kau jadi pak sanggup.”

What?!” Apa benda budak ni merepek ni?!

Cam menggaru-garu kepalanya. “Tak adalah, aku tipu je! Ah, macam ni, aku... aku tak ada ramai kawan perempuan. Semua syok sendiri ingat aku suka dia orang. Semua syok kat aku. Aku rimaslah!”

Tiba-tiba aku tertarik dengan apa masalah dia ni. Aku mengangguk faham. Malang jadi budak hensem, susah nak dapat cinta sejati. Kemudian dia jatuh cinta dengan aku kerana aku seorang sahaja yang tak terlalu syok kat dia, kemudian kami kahwin. Ya Allah, apa benda aku mengarut ni?!

“Jes? Woi!”

Aku tersedar apabila dia memetik jari dekat dengan mukaku. Aku tersentak. “Oh, sorry, sorry. Err, okey, teruskan.”

Cam menyengetkan kepala. “Kau mengelamun ke? Punyalah panjang aku cerita!”

Aku mencebik. “Mana ada! Kau kata kau tak ada ramai kawan perempuan, semua syok kat kau, kau rimas... Aah, sampai situ jelah. Lepas itu? Kau nak apa?”

Dia mengeluh. “Okey. So, kau seorang je yang tak syok kat aku.”

Aku membuat muka. Eleh, perasannya dia, aku seorang je? “Ye ye je aku seorang je.”

“Maksud aku, yang paling tak berminat kat akulah. Perempuan pertama aku pernah bertengkar. Kalau ada pun, dengan awek. Itu normal lah kan.” Cam tersenyum kelat. Dia memasukkan tangannya kedalam poket seluar jeansnya.

Aku mengangguk. “Wah, bangganya.” Aku berkata dalam nada sarkastik. “Teruskan.”

“So... hmm, kawan aku ada buat majlis kahwin. So, emm, err... ah susah betul nak cakap!” Cam kelihatan sukar untuk menyatakan hasratnya. Hasrat ke? Lantaklah.

“Cakap jelah!”

“Okey, boleh tak kau jadi pasangan aku untuk majlis tu?” Laju dia berkata sampai sesak nafas.

"Excuse me? Peliknya ada orang itu dah pandai minta tolong orang." Aku berkata dalam nada bersyair. Syair konon.

Cam menggaru kepalanya. "Alah, please, tolonglah. Okey, aku merayu kat kau ni." Dia buat-buat muka sedih. Nak buat muka comel sikit alahai kononnya nak buat aku cair padahal tak akan punya.

Hendak tergelak aku melihat gelagatnya. Aku faham apa yang dikatakannya. “Perlu ke pasangan?”

“Perlu!”

“Kau ni nama je jantan, tapi malu nak pergi sorang-sorang.” Aku menggelengkan kepala.

Dia mencebik. Alahai, comel je muka. Eee, buang benda tu dari kepala otak aku! Apahal fikir dia comel pulak? Eee, geli! Aku menelan air liur. Aku memberinya senyuman yang paling manis sekali. Iaitu senyuman sinis.

“Bukan apa! Cuma... cuma...” Dia mengeluh, cuba memikirkan jawapan apa yang ingin diberi. “Majlis itu perlu pasangan masing-masing.”

Aku menelan air liur. Dalam banyak-banyak perempuan yang syok kat dia, aku juga dipilih? Dey, kalau ya pun rimas, sekurang-kurangnya dorang minat kau! Kang aku syok kat dia, tak ke susah hidup? Menyusahkan je! “Encik Kambing, ramai perempuan yang tergila-gilakan Encik Kambing seperti yang encik sendiri cakapkan. Kenapa orang yang encik selalu bertengkar mulut juga encik pilih?”

Dia mengetap bibir tanda garam. Pandangan matanya tajam memandangku. Alahai, janganlah pandang saya macam tu, Encik Kambing... desus aku dalam hati.

To make things clearer, Minah Karpet, kan aku dah kata aku rimas. Rimas! Kang dorang nak pegang-pegang aku lah, apalah. Geli aku! Gedik betul minah-minah tu. Lepas tu mulalah dorang salah faham, perasan aku ajak dorang sebab aku minat dorang. Aku tak nak mainkan perasaan dorang atau bagi harapan tinggi kat dorang!” Dia membuat muka sambil menggelengkan kepala.

Baik pula dia ni tak nak mainkan perasan orang. Aku mengeluh. “Fine. Bila? Kat mana? Pukul berapa? Pakai baju apa?”

Dia tersengih. Eh tahu pulak dia senyum. “Kan comel senyum macam tu.” Jujur aku kata padanya. Aku memang jujur dalam bab memuji orang. Tapi kalau nak puji mamat ni kacak, tidak akan sesekali pun! Never!

Mukanya terus berubah. Hilang senyuman. Padan muka Mister Kambing kena tangkap senyum. LOL (laugh out loud). “Err, bila tu hari Sabtu depan. Kau cuti semester, kan? Kat mana tu, kat Malaysia. Dekat Gombak. Jauh sikit dari rumah. Kau balik Malaysia tak minggu depan?” dia cuba menahan malu dengan terus menjawab soalanku. Nak cover lah tu. Dah nampaklah kemerahan muka dia. Alahai!

Hmm. Balik Malaysia? Aku memang dah rindu Malaysia. Semua dah menanti aku pulang, Yelah, siapa tak rindu budak hyper macam aku. Tengok? Masa aku jadi gila-gila, dia orang geleng kepala. Sekarang aku tak ada, dia orang pusing kepala. Eh, sorry, terlepas cakap. Aku cakap main lepas je. Ni bila aku tak ada, baru tahu rindu aku.

“Kalau kau tak boleh ke belum belikan tiket, aku boleh belikan tiket untuk kau.”

Wah, wah, wah! Baik semacam je mamat ni? “Apahal baik hati semacam ni?” Musykil pulak aku.

Dia menjeling. “Bila orang jahat, dia marah. Bila orang baik, dia pelik pulak.”

Aku ketuk jugak kepala dia kang! “Sebab kau macam jahat lah aku pelik tiba-tiba kau baik. Musykil lah.”

“Orang dah offer ni, nak ke tak nak?”

Aku tersengih macam kerang busuk. “Rezeki tak boleh di tolak... Flight apa? First class eh kau beli untuk aku?”

“Eh minah karpet, mengada-ngada pulak kau. Luku kepala kau baru tahu.” Dia menggelengkan kepala.

Hek elah budak ni! “Macam tak ikhlas je... Aku tak terima benda yang diberi tanpa sebarang keikhlasan.” Woot, Jes, ayat power BM punya!

Dia mencebik. “Yelah! Tapi ni lebih kurang macam sebagai tanda... err... maksud aku, err, bayaran kau sudi temankan aku. Maksud aku, tolong aku.”

Aku tersenyum padanya. “Anytime lah, brader.” Sejak bila pulak aku boleh berbaik dengan mamat ni? Tak boleh jadi ni! Tak mungkin berdamai! “Okey ah, kawan aku dah tunggu, entah-entah dia orang dah blah. Kalau dia orang dah blah, kau kena hantar aku balik!”

Cam membuat muka tidak puas hati. “Fine!”

Aku tersenyum bangga. “Terima kasih ya, encik Kambing!”

Siot punya minah karpet!”

No comments:

Post a Comment