this blog is just my past now. sometimes i'm only here for occasional rants/lepaskan geram that i hope no one will read anymore.

For more information, Visit ;

Sunday, January 29, 2012

Bab 6 and bab 7 ahaks :p

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabaraktuh. Ecewah ehehehe *labuhkan tudung, pakai purdah* Ok. Walaupun tak ada ada ramai yang baca, apa salahnya tunjuk minatkan ehehehe ahaks~. Omagad it's Sunday, tomorrow's school ah? Me ken dai aiyer *ambil parang, buat muka bengis, simpan parang dalam laci dapur* Ni aku buat dua bab sebab.... supaya cepat aku habiskan cerita ni lol.


Bab 6

Pintu bilik asramaku diketuk. Eh siapa pulak ni. Shima tengah tidur, Mika pergi keluar dating, si Fat pulak dalam bilik air. Alamat aku jelah yang kena buka pintu. Aku berdiri dan pergi membuka pintu.

Terlopong aku apabila melihat siapa yang berada dihadapanku kini. Ni... Apa mimpi dia datag bilik aku ni? Macam mana dia tahu?! “Apa kau buat kat sini?”

“Saja. Tak boleh?”

Tak boleh. Nak je aku cakap macam tu sebenarnya. Aku memeluk tubuh. “Entah.”

“Amboi. Sombongnya...”

Aku menjeling. “Apa kau nak?”

Cam tersenyum sinis. Alamak, tergodalah pulak aku, kacak pulak. Eh eh! Apa aku fikir ni? “Garangnya minah karpet ni...”

Aku merengus. “Sengalnya kambing ni...” aku menggumam.

Dia mendekatiku. “Apa dia? Tak dengar.”

Aku menarik selangkah kebelakang. “Takde pape!” Aku mendengus. “Mana kau tahu bilik aku?”

Dia mengurut dagunya. “Hmm... Aku pun tak ingat.”

Pelupa mengalahkan mak nenek. Sengaja je! “Cepatlah! Kau nak apa?!”

“Boleh aku masuk?”

“Haram!” Aku menjawab laju.

Dia mengangguk. “Okey fine fine. Actually aku nak bagitau kau, yang aku dah beli tiket kapal terbang. Kau bertolak lusa.”

Ternganga aku apabila mendengar apa yang dikatakan. Dia menolak daguku keatas supaya mulutku tertutup. “Lalat masuk karang ingat mulut kau rumah dia. Sama-sama.”

Berani dia sentuh aku! Aku mengusap-usap daguku seakan-akan aku lap balik sentuhannya. “Ish! Jangan sentuh aku lah!”

Oops!” Dia mengangkat kedua-dua tangannya. “My bad.”

Aku menjulingkan mataku keatas. “Kau dah booking flight?!” Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

Dia mengangguk dengan muka toyanya. Menyampah! “Don’t worry, Xavier and Mika will come along with us, if kau takut aku nak culik kau ke jual kau ke rogol kau ke. Tak ada masa aku dengan perempuan macam kau.”

Ni buat kesabaran aku menipis. Walaupun aku bersyukur dia takkan buat macam tu, tapi aku rasa direndah-rendahkan. Aku merengus. “Thanks.”

No need. You owe me. Bye!” dia terus berlalu.

What?!” aku menjerit memanggilnya. “Weh! Kambing!!!”

“Oi! Bising ah kau!” kata Fat.

Kemudian ada seorang perempuan yang lebih kurang sebaya denganku keluar dari bilik berhadapan denganku. “Would you please shut up?”

Aku semakin malu dan menunduk. Alamak... “Sorry...” Aku terus masuk ke dalam bilik. Siaplah kau, kambing.

“Eh? Siapa mamat tu? Handsomenya dia! Aku dengar conversation kau dengan dia! Dia cakap Melayu fasih gila! Tu siapa?”

Aku menjulingkan mataku keatas. Minah ni... Aku merengus. Aku baru nak buka novel nak baca, dia dah menyibuk. “Tulah Cam.”

Rahang Fat terjatuh. Buntang matanya memandangku.

Aku mengangkat kening sebelah. “Kalau ye pun terkejut, tak payah ler buat muka macam tu.” Aku menutup mulut Fat.

“Kau... biar... betul?!”

Aku merengus. “Buat aku nak tipu pulak.” Aku menggeleng-gelengkan kepala.

Mata Fat masih tidak berkelip memandangku. Apahal minah ni? “Fat?”

“Aku... tak... per... ca... ya...”

Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. “Tak percaya sudah.”

Dia mengangguk. “Okey... Aku... percaya...”

“Kenapa kau tak percaya tadi?” aku bertanya. Rasa pelik pulak. Kenapa dengan mamat tu sampai dia tak percaya?

Dia menjongket bahu. “Entah. Macam... handsomenya dia! Mix pulak tu! Dah memang dilahirkan Islam. Kau berbaiklah dengan dia!”

“Kau ambiklah dia!” aku berkata sambil mencebik.

Fat menjulingkan mata keatas. “Imran aku nak campak mana?”

“Jepun.” Aku menjawab sepatah. Padahal Imran memang di Jepun untuk menyambung pelajaran sebagai jurutera kapal terbang.

Pap! Satu serangan bantal dilancarkan. “Sakitlah, Timah!” Aku meletak novelku di meja lampu sebelum serangnya balik. Hah! “Kalau penyek buku aku tu, kau kena ganti baru!”

“Ish! Jangan panggil aku Timah lah! Kau ingat aku Fatimah Juling?!” dia pukulku balik dengan bantalnya.

Peperangan baling bantal sudah dimulakan. “Memang kau juling pun! Ada ke kata aku dengan si kambing tu? Tak adanya!”

“Ah kau, kata je. Lama-lama dapatlah aku jemputan kahwin kau dengan Mister Kambing.” Fat menjelirkan lidah kepadaku.

Aku menjelirkan balik. “Blah ah kau!”

“Huh!” dia memeluk tubuh.

Kemudian kami sama-sama tertawa. Memang gila agaknya kami. Kerana itulah aku suka berkawan dengan budak-budak gila macam ni. Gila-gila dengan gila-gila memang ngam! Seronok je menggila.



Bab 7

Esok cuti. Cepatnya masa berlalu! Rasa macam... wow. Dah nak dekat nak balik Malaysia. Mika sudah memasukkan bajunya ke dalam beg bajunya.

“Weh, si kambing tu ada sekali ke?”

Mika mengeluh. “Kau ni dah dekat lapan puluh enam kali tanya dah. Iya, jangan risau, aku ada sekali. Xavier dengan Cam dah plan. Kau ni si kambing, si kambing!” dia menggelengkan kepala.

Aku menelan air liur. Kenapa aku rasa gementar tapi dalam masa yang sama rasa... teruja? Ya Allah, kenapa dengan aku? Hatiku berdebar juga. Ah, mungkin sebab tak sabar-sabar nak balik Malaysia kot... Mesti punya. Mesti!

“Kau termenung kenapa? Pergilah bersiap.”

Aku memandang Mika dengan perasaan kosong. “Hah? Oh. Okey...” Aku berjalan dengan perlahan ke almariku.

Esok aku akan meninggalkan London. Bukan senang nak dapat peluang ini. Tapi Cam... Cam. Patutkan aku berterima kasih padanya? Entah-entah dia ada agenda nak kenakan aku ke... Aku pun tak tahu. Aku bukannya senang nak percaya kat orang.

So... I’m gonna miss you.”

Aku senyum kelat. Kenapa dia ni sentimental semacam je. “Yeah, me too.”

Anything call me, okay?” kata Allen ketika kami berdua keluar berjalan-jalan. Jalan-jalan je pun. Sebelum aku pulang, aku nak jalan-jalan sekitar universiti je.

Mungkin aku sedang berjalan di samping Allen, tapi fikiranku melayang memikirkan si Kambing. Betul ke ni? Kenapa aku? Memang aku masih gementar gila-gila-gila-gila.

“Jes?”

“Hah?” Aku tersedar dan melihat orang di sebelahku. “Oh. Sorry, Allen.”

Are you thinking of something?” katanya dengan keningnya terangkat.

Aku menggigit bibir bawahku. “Oh. No. Just, I’ll miss here. And you and Veronica and all,” aku berkata sambil mengangguk dengan senyuman.

Also Mrs Lee and Sir Mayhem?” katanya dengan senyuman nakal.

Err, dua-dua cikgu tu tak mungkin akan dirindui. Huh! Yang selalu bagi ‘ceramah’ free. Ngee, haru bila fikirkan dua-dua cikgu tu. Ya Allah tak baik mengutuk orang yang beri ilmu pada kita.

I’m sure I’m going to miss them too. The most remembered one. Paling banyak lecture tau dorang. Tu baru namanya lecturer,” aku berkata sambil tersengih. Ikhlas apa yang aku cakap tu!

Allen tersenyum sambil menggelengkan kepala. “I really am gonna miss you, you know?”

I know...” aku berkata sambil berkelip-kelip mata. Memang perasan habis sampai tak hengat dunia!

Allen meluku kepalaku. “Yeah right.”

“Eh apa main luku kepala orang ni!” Aku mengusap kepalaku.

Dia menjelirkan lidah kepadaku.

Aku membalas balik. “Wek! Huh! Tak nak rindulah macam ni!”

“Ya lah!” dia mencebik.

Kemudian kami berdua tertawa.

Siapa budak tu? Cam melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang kelihatan mesra. Mat Salih original tu! Bukan macam aku, half je. Tu aku nampak full punya Mat Salih wo! Seratus sembilan puluh sembilan peratus! Confirm! Tengok muka pun dah tahu.

Aduh, patut la dia tak minat dengan aku. Dah ada mamat lagi handsome! Perempuan lawa semua cari lelaki kacak je. Cam melihat sahaja kelibat mereka, walaupun mereka tidak perasan bahawa ada orang yang memerhati mereka.

Cam sudah merancang sesuatu. Jes, kau takkan terlepas. Kau akan jadi mangsa aku. Tak kira!

Mika sudah bersiap. Tinggal aku yang sibuk melilit pashmina. Haih, aku akan merinduimu, Ramsay Hall... Nanti aku datang lagi. Kejap je pun.

“Woi, cepatlah! Nanti tertinggal flight kang!”

Ish, mak nenek sorang ni. Aku menarik beg rodaku dan menggalas beg tanganku. Perlahan-lahan aku menutup pintu bilik asramaku.

“Jom,” aku berkata pada Mika.

Xavier sudah pun menunggu di bawah. Aku melihat lelaki di sebelah Xavier.

Hey, beautiful.” Cam tersenyum ke arahku.

Apa mimpi mamat ni puji aku ni? “Hey,” aku menelan air liur. “Handsome.” Rasa loya tekak aku cakap dia handsome.

“Aww.... So sweet.... Dah official ke?” tanya si mak nenek sorang ni.

Buntang mataku memandang Mika. Apa kau gila ke, Mika?! Rasa macam nak baling dia dengan beg Polo aku ni je!

Soon,” kata Cam sambil mengenyitkan mata kepadaku.

Eeee, mamat ni kan! Kut ya pun nak jadi pelakon drama terkenal tak perlulah nak berlakon nak mengurat aku! Geli! Kalau dia pandai curi hati, habislah aku... Boleh sawan jadinya. Nasib baik hati aku beku, takkan cair!

So not.” Aku berkata sambil menjeling.

Mika tersengih. “Jomlah, cab dah sampai tu.”

Air mataku akhirnya menitis. Kuat gila okey aku peluk Veronica. Kesian dia jadi mangsa.

I’m really gonna miss you, Vee...”

I’m gonna miss you more! My craziest lesbian partner!”

Jangan salah faham. Kami tidak ehem ehem ya. Itu main-main je pun, sebab kami rapat sangat.

Um, don’t you want to hug me?” Allen tersengih.

Ngee, gatal bebeno. Aku melepaskan pelukan. “No! Dah luku kepala orang.” Aku memeluk tubuh sambil menarik muncung, buat-buat merajuk.

“Tapi dia akan rindu kita juga...” Allen menjongket kening sebelah.

Pfft!”

“Okey, let’s go.” Cam mencelah.

Aku memandang muka dia. Masam mencuka je aku tengok. Tak teruja nak balik Malaysia ke? Ke frust kena tinggalkan awek mat salih kat sini? Eh, ada ke perempuan nak kat dia? Mamat backstreet macam ni yang asyik nak cari salah orang je.

Berat hati nak meninggalkan London. Tapi... tak sabar nak balik Malaysia! Jumpa mummy, dapat jumpa daddy, dapat buli Rayyan...

“So, siapa lelaki mat salih tadi tu?”

Sibuk jelah. Dahlah kena duduk sebelah dia. Mika duduk sebelah Xavier. Xavier tepi sekali, Mika tengah dan ada pulak sorang dah tempah tempat duduk sebelah Mika. Sibuk betul! Memang terpaksalah aku duduk sebelah Kambing ni. Sedikit jauh dari Mika dan Xavier.

“Yang busybody nak tahu, kenapa? Cemburu?” sedasku. Ayat pedas wa bagi lu!

“Tak ada maknanya. Mana tahu dia cemburu aku balik dengan kau.”

Aku menjulingkan mata keatas. “Tak ada maknanya. He’s just a friend. Kalau dia boyfriend aku pun tak adanya dia nak cemburu. Mamat backstreet macam kau? So not my taste, bro.”

Cam buat muka. “Punyalah ramai yang nakkan aku, kau tak bersyukur pulak aku ajak kau jadi partner aku.”

“Bukannya orang nak sangat pun.” Aku menjawab dengan selamba sambil melihat tingkap. Kapal terbang sudah berada di dalam awan. Bermakna, aku makin jauh dari London.

“Tapi, ada lagi satu aku nak mintak tolong.”

Pandanganku terus dilempar ke Cam. Apa? Apa lagi ni? “What?”

Will you be my fake girlfriend?”

Mendengar ‘lamarannya’ membuatkan aku terlopong. Gila ke budak ni? “What?!”

Semua yang berdekatan denganku memandangku sekaligus. Famous gitu! Eh, buat malu jelah. Darah pun menyirap ke muka aku. Sah muka aku merah sekarang ini. “Sorry...” aku menunduk.

“Kau ni terkejut pun control la sikit. Over.” Cam menggelengkan kepala.

Aku merengus. “Suka hatilah. Dah kau nak buat lawak yang tak lawak langsung ni kenapa? Aku tahu kau bosan duduk dalam flight!” Aku menjeling.

Cam menjulingkan mata keatas. “Aku serius, okey.”

Buntang mataku memandang Cam. “Apa kau mengarut ni? Hari tu kau suruh aku jadi partner kau untuk wedding tu, now what?”

“Yelah, the wedding tu, ex aku yang kahwin, so...”

Aku semakin naik angin apabila mendengar pengakuan tersebut. Mamat ni!!!! Istighfar, Jes, istighfar... “Wedding... siapa?”

Please, Jes, help me.... Please... I’ll do anything. Kau nak apa? Duit? Berapa? Aku boleh bagi! Kau nak satu mall tu kau shopping la banyak-banyak, aku belanja. Please...” rayu Cam. Dia menggenggam tangannya dan membuat muka seposen.

Wah.... Dia merayulah! Tengok muka dia kelakar pula. Shopping satu mall? Wuuu, aku suka! Hehehe. “You want me to be your actress...”

Cam mengangguk laju. Masih mengharap.

I want almost all books in MPH, I want to shop at Gap, Zara, Forever 21, just I want to shop! I’m a shopaholic, you know.” Aku tersengih sambil menjongket kening.

Dia menelan air liur. “Err,” dia menggigit bibir. “I have an extra credit card. Kau gunalah, tak apa, habiskan, nah credit card. Kejap.” Dia mengeluarkan dompetnya

Biar betul mamat ni!

Here, you can only spend... RM500. Cukup?” Dia mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.

Mak aii... “Kau ni biar betul!” Aku memandangnya.

Dia menjongket bahu. “Yeah? Why? Nak lagi? Perempuan shopping selalu spend RM1000 or more... But kau kena jadi pelakon je pun, kita bersyukur la ni.”

Ish, aku kalau jadi pelakon ni, nombor satu! Almaklumlah, banyak tengok drama. Tapi setakat berlakon depan bekas teman wanita mamat ini sahaja, takkan nak bayar mahal-mahal? “Tak banyak sangat ke...” Aku masih teragak-agak. Desperate betul kambing or more known as mamat celup kut ni. Ish, ada aje aku nak bagi nickname kat dia. Kena fikir nickname yang lebih kreatif ni.

“Orang dah baik hati ni... You want or not?”

Aku mengetap bibir. “Ikhlas?”

Cam mengeluh. “As long as you want to help me...”

Aku mengangguk lemah. Terima jelah. Rezeki tak baik ditolak. Mwehehehe. “Err... Betul?”

Dia memberi renungan tajam kepadaku. Ngee, seram! Aku cepat-cepat menyambut kad tersebut.

Thanks...” aku berkata.

Dia mengangguk. “Thanks, too, for sudi tolong aku.”

Aku tersenyum. Balik rumah, shopping!


1 comment:

  1. wahhh! best nya dapat free money macam tu je!

    Cam kena panggil kambing.mesti dia selalu tak mandi kan?haha.

    ReplyDelete