this blog is just my past now. sometimes i'm only here for occasional rants/lepaskan geram that i hope no one will read anymore.

For more information, Visit ;

Monday, January 30, 2012

Bab 8 and 9

Hi! Amacam? Rajin tak aku blog? Tak? Kau diam. Haha. Ok aku rasa aku nak buat title dia berkaitan dengan 'Revenge'. Tapi kalau cakap Dendam, rasa macam.... Ala, nak buat title English boleh kan? Kan?!!! Or, kejap kejap fikir title jap. Nak title macam novel Hlovate boleh? Title dia Aa + Bb, Versus, Schubert Serenade, Lima Tahun Lima Bulan.... Semua title dia tak jiwang sangat. Itu yang best.
So cerita ni pasal ego, agak jiwang, pasal love-hate relationship, (kecil-kecil dah pandai buat cerita macam ni. Aku tahu.) pasal ex, about lies, about how truth hurts, love kills. Kena make up my mind. But tak nak asyik terfikir pasal ni, nanti orang kata aku lupa pelajaran. So yeah.

Bab 8

Cam tersedar dari tidur. Dia melihat di sebelahnya. Jes sudah terlentok di bahunya. Dia menelan air liur. Alamak... Nak buat apa ni? Ke nak biarkan sahaja dia terlentok?

“Mummy... Daddy...”

Kasihan dia. Cam tersenyum melihat Jes. Rindu sungguh dia kepada ibu bapanya. Agak-agaknya RM500 cukup tak? Rasanya tugas ni lebih berat. Membalas dendam. Kira baik hatilah ni, nak balas dendam pun dah bayar awal-awal. Nanti Jesleena akan terseksa, mungkin.

Perkahwinan Adrianna ada lagi kira-kira 36 jam lagi. Cam mengeluh. Takkan dia nak jadi orang jahat nak bantah perkahwinan orang pula, kan? Lagipun dia dah malas nak fikir tentang Adrianna lagi. Itu keputusan Adrianna sendiri yang bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Dia tak suruh pun Cam bawa dia lari ke apa ke. Ingat ini cerita Hindustan ke apa?

Kenapalah nasib dia jadi macam ni? Asyik diperbodohkan oleh perempuan sahaja! Kali ini dia tidak akan diperbodohkan lagi. Tetapi dengan Jes... Cam tersenyum. Senyum jahat! Macam senyum Voldemort atau Darth Vader tu... Eh, dia terlalu kacak nak disamakan dengan dua makhluk tu.

Jes akan menjadi mangsanya. Kali ini, dia akan mengenakan Jes. Dendamnya terhadap perempuan.

Tetapi... Tapi... Cam mengeluh apabila memikirkan idea jahatnya. Jes nampak seperti tak ada perasaan terhadap dia. Apatah lagi bila melihat kemesraan Jes dengan lelaki mat salih original kat airport masa itu. Mungkin Jes ada perasaan terhadap lelaki itu.

Ah tidak. Kali ini, Cam bertekad untuk menjadikan Jes sebagai miliknya. Tak kiralah Jes ni hati batu ke, dah berpunya ke, tak kira! Cam tersenyum jahat. Muehehehe.

Lenanya tidur! Haaa.... Aku membuka mataku dan mengesat mata. Eh? Alamak, aku terlentok kat bahu mamat inilah! Aku cepat-cepat mengangkat kepala dari bahunya. Ah, buat lek ah. Aku cuba untuk berpura-pura tiada apa yang berlaku.

Good morning, sayang.” Cam tersenyum nakal.

Sayang? Eee, tolonglah! Aku menjeling dan melemparkan pandangan ke tingkap. Malas nak layan dia ni. Tak sanggup nak tengok muka dia. Sudahlah aku tertidur dekat bahu dia. Ngee!

“Tu ha, ada air liur kat mulut kau,” dia berkata sambil melihat mulutku.

Hah? Air liur? Malulah aku macam ni... Aku mengesat mulutku.

Aku melihat muka Cam. Tengok muka dia macam nak tahan gelak je. Ah sudah!

“Tak payah gelakkan orang!”

Cam berdeham. “Aku tipu jelah tadi. Tak ada pun air liur. Cuma kau asyik mengigau je. Bising tahu tak?”

Aku mengigau ke? Kantoi! “Aku cakap apa?” aku mencabar.

“Oh... my baby... Ooh.... I love you...”

Cam ni biar betul.... “Kau jangan nak menipulah!” Tak silap aku... aku mimpi apa eh tadi? Yang aku ingat... ada mummy dengan daddy je.

“Eleh. Tak nak mengaku pulak...” Cam membuat kening double-jerk. Menyampah aku tengok. “Kau ada boyfriend eh?” dia tanya sambil tersenyum nakal.

Aku mengerut dahi. “Bila pulak?”

“Tu sampai mengigau...”

Aku menjulingkan mataku keatas. Aku termimpi Chase Crawford kut... Tak pun Matt Lanter kot! Hehehe. “Aku ada sebut nama lelaki tu ke? Cakap sikit siapa!”

Cam terdiam. Dia buat-buat tak tahu sambil mengalih ke pandangan lain. Dah agak dah pun! Tak payah nak goreng sangatlah kan.

“Mummy!!!” Aku terus memeluk ibuku. Akhirnya aku sampai di tanah tumpahnya darahku! Mummy nampak lawa sangat. Ramai yang kata rupaku mewarisi wajah ibu. Iras-iras Arab, kening tebal, bulu mata tebal, mata bulat.

Ibuku membalas pelukanku dengan erat sekali. Rindunya mummy...

“Tak nak peluk daddy ke? Dah dapat mummy terus lupa daddy, ye...”

Aku tersengih dan melepaskan pelukan. “Daddy dah handsome lah. Dah tumbuh misai.” Mata daddy berwarna biru. Teringin juga mewarisi mata daddy. Yang mewarisi matanya ialah Rayyan.

“Eleh... Blah lah, akak!” kata adikku, Rayyan. Wah... Rayyan makin tinggi lah! Rayyan memanglah kacak, rupa daddykan. Tapi aku geli nak cakap dia handsome. Kasanova Malaya tau, jangan main-main dengan adik aku.

“Eh, Rayyan, apahal kau makin tough, ni?”

Rayyan menjongket kening. “Work out.”

Work out konon. Aku menjulingkan mata ke atas. “Ye ye sangatlah!”

Kemudian ada satu suara berdeham. Aku melihat Cam. Alamak, mamat ni... “Err, mummy, daddy, ini Cam.” Sibuk betul budak ni nak diperkenalkan.

Mummy, daddy dan Rayyan melihat Cam.

Cam tersenyum. “Saya Kamal Adam. Boyfriend Jes.”

Buntang mataku memandang Cam. Gila ke mamat ni?!! Aku ingin menafikan pernyataan tersebut tetapi mummy lebih awal membalas pernyataan Cam, atau nama panjangnya yang aku baru tahu, Kamal Adam.

“Ooh... Kamu tak bagitahu pun ye, Mia!” mummy memandangku pula.

Aku tersenyum pahit. “Mana ada kami...”

“Memang kami nak buat surprise sebenarnya,” sampuk Cam dengan senyum lebar. Hoi! Apa menyampuk cakap orang ni? Dahlah menipu! Tipu mak anak dara orang pulak tu! Ngee!

Mummy mengangguk. “Laa, kamu Amelia! Tengah belajar pun jumpa boyfriend! Amboi!”

“Err, Mia...”

Aku tak sempat nak menyambung kata-kataku. Sibuk ah mamat ni! “Nak buat apa, aunty, saya dah jatuh cinta kat dia. Dah terlanjur mencintai dia...” Cam menyampuk sambil menunduk. Buat-buat malu. Shy-shy cat konon! Padahal menipu! Apa dia nak sebenarnya ini?

“Mia, bercinta pun jangan sampai lupa study, tahu?” kata daddy. Hah? Daddy ‘restukan’ kita orang? Ya Allah, mimpi apakah ini?

Aku terkaku. Tak menggeleng, tak mengangguk, tak menafikan, semua tak. Tekakku tak boleh mengeluarkan suara walaupun mulutku terbuka. Atau dalam erti kata lain, aku ternganga.

“Jangan risau, uncle, saya janji saya akan menjaga dia dengan baik. Saya serius,” kata Cam dengan senyuman manis. Ya Allah, kenapa ni?

Wahai Cam, janganlah kau membuat lawak depan ibu bapaku. Tal cool pun, okey, tak cool pun! Aku masih tidak dapat mengeluarkan sepatah perkataan. Hanya membisu.

“Dah berapa lama dah kamu berdua ni?” tanya mummy sambil tersenyum. Amboi, bahagianya mak aku!

Cam hanya tersenyum. Muka dia merah. Eh? Berlakon pun malu? “Sejak dia terlanggar saya, saya tengok dia dan semenjak itu saya asyik teringatkan dia...”

Apa? Aku langgar dia? Excuse me?! Ngeee, mamat ni saja je nak kenakan aku! “Eh? Kau- I mean, you yang langgar I!” Aku sudah bercekak pinggang. Akhirnya aku membuka mulut, itupun sebab nak menegakkan keadilan. Ya, sekadar menegakkan keadilan.

Dia meletakkan tangan di bahuku. Aku terkejut dan terasa seperti terkena kejutan elektrik. Darah menyirap ke muka dan aku terkaku. Aku menelan air liur. Rasa sesak nafas pun ada. Jantungku berdegup kencang.

“Sayang...” dia berkata dengan suara lembut yang membuatku rasa seram sejuk. Ya Allah, cepatnya aku cair... Janganlah buat macam ni... Aku terbau haruman minyak wanginya.

“Ehem!” daddy berdeham. “Elok-elok sikit, jangan pegang anak dara saya macam tu.”

Sayang daddy!!!! Cam cepat-cepat menjatuhkan tangannya.

Dia tersengih sambil tertunduk. “Sorry, uncle...”

Rayyan memandang kami berdua. Budak ni kalau tengok orang macam boleh tembus. Aku dapat cam muka dia. Dia seperti syak sesuatu.

“Abang boyfriend akak eh?” tanya Rayyan.

Cam mengangguk perlahan.

Rayyan mengangkat kening sebelah. “Kalau nak akak, kena jaga hati adik dia dulu.”

Aku terkejut dengan pernyataan Rayyan. Biar betul adik aku ni? Tak tahu pulak dia sayang aku macam tu!

“Okey... Nama siapa?”

“Ahmad Rayyan Aqmar bin Amri Syed.” Dia mengeluarkan tangan kanannya tanda menghulurkan salam.

Cam menyambut tangan Rayyan. “Muhammad Kamal Adam bin Muhammad Mikhail Samuels.”

Mereka berdua menurunkan tangan.

“Mix ke?” tanya Rayyan.

“Yeah. My father masuk Islam. Dia orang British and my mum Melayu Portugis.”

Oh... Patutlah muka orang putih... Terima kasih kepada Rayyan kerana bertanya. Kalau aku? Malas aku nak tanya!

Rayyan mengangguk. “Keturunan penjajah rupanya...”

Kurang gula punya adik, direct terus dia cakap! “Rayyan...” Walaupun aku sebenarnya nak tergelak sebab memang aku geram sangat dengan Cam ni, tetapi ibu bapaku di hadapan, kenalah jadi baik sikit.

“Rayyan! Tak baik cakap macam tu!” kata mummy.

“Tak apa, sayang, mummy eh aunty. Dah biasa dah...” kata Cam tersenyum.

Amboi! Terlepas panggil mak aku mummy nampak?

“Jangan panggil mummy dulu, ye Cam. Tunggu dah bernikah nanti. Impress us first,” kata mummy.

Aku baru nak menafikan tentang hubungan aku dan Cam. Apa sebenarnya tujuan Cam ni? Sengaja nak menganiaya hati aku ke?

“Cam, kamu bekerja di mana? Kerja apa?” tanya daddy.

“Saya akauntan kat London.” Cam menjawab. Dia memberi senyuman tanda hormat.

Daddy mengangguk. “Kenapa kerja sana? Kenapa tak kerja sini?”

“Ibu saya tinggal sana. Jadi saya nak duduk dekat dengan ibu saya. Ayah dengan mak tiri saya tinggal sini. Jadi... itulah.”

Aku tertarik mendengar cerita Cam.

“Kamu ada masalah dengan ayah kamu ke?” tanya daddy lagi.

Cam menggeleng. Kemudian dia mengangkat bahu. “Entahlah. Tipulah tak pernah ada. Dulu ada, but now kurang sikit. I mean, whatever it is I have to accept. He’s my father kan.”

Daddy mengangguk lagi. “Okey. I can see you’re kind of a good man. You have good work, you’re still young. If you’re gonna marry my daughter, kamu akan bawa dia ke London ke?”

Apa daddy tanya soalan mengarut pula ni... “Okeylah, jom! Mia dah rindu sangat kat rumah ni!” Aku terus menukar topik. Setahun tak balik rumah! “Bye, Cam.”

“Eh, uh, kejap.” Cam menarik lenganku.

Aku menarik balik lenganku. Walaupun berlapik, tak manis kalau orang nampak.

“Rumah you kat mana?”

Bukan aku dah kata ke? “Damansara Utama.” Oh ya! Pasal majlis tu! “So, wedding tu esok eh? You ambil I ke apa?”

Of courselah I ambil, sayang.” Senangnya dia cakap sayang...

Aku mengangguk. “Pukul berapa? And majlis kecil-kecil ke apa? Yelah, nak bersiap kan.”

“Besaran kot. Lelaki tu anak Datuk.”

Oh....

“I ambil you pukul lapan setengah malam. Yeah, majlis tu malam. Ok?” Cam mengangkat kening sebelah.

Wah! Majlis malam gitu! Aku mengangguk laju.

Cam mengangkat tangan. “Kejap. Apa alamat rumah you?”

Takkan aku nak senang hati bagitahu alamat rumah aku kot? Aku menggigit bibir bawah.

Dia menahan tawa melihatku. “Jes, Jes... Takkan I nak rompak rumah you kot.”

Manalah tahu... Aku menjeling. “Ada kertas atau pen tak?”

Cam meraba poket seluar jeansnya. “Tak ada.” Dia mengeluarkan iPhone 4 miliknya. Amboi! iPhone 4 tuuu! “Phone number?”

Hah? Nak bagi nombor telefon? Ngee tolonglah! “Err... apa kata you salin alamat I and save dalam iPhone you?”

Kenapalah kau tak ada Blackberry? Bolehlah at least BBM (BlackBerry Messenger). Benci betul! “Kenapa you tak beli BB? Boleh BBM!”

Cam mengangkat kening. “Entah, I lagi minat iPhone.”

Ahah! “You ada Whatsapp? Naaa, kita Whatsapp jelah.”

Teknologi makin moden. Tahu.

Cam mengangguk. “Ok, pandai you. Jimat kredit.”

Aku tersengih. Terpaksalah mengalah. Bagi jelah nombor telefon aku kat dia. Bukannya apa pun. “Here’s my phone number.” Aku memberitahu nombor telefonku sementara jari Cam pula menari-nari menulis balik di dalam telefon pintarnya.

Telefonku berbunyi. Aku mengeluarkan Blackberry dari beg tanganku.

That’s my number.” Cam memberi senyuman yang... boleh buat aku cair. Tapi tak nak mengaku! “By the way, Mia? Amelia?” Dia mengangkat kening sebelah.

“Oh. Nama I Jesleena Amelia. Family I panggil nama belakang. Kawan-kawan je panggil Jes.”

Cam mengangguk faham. “I nak panggil you Amelia jugalah. Boleh?”

Aku mengerut dahi. Dia mengarut apa ni? “Err. Suka... hati... lah.”

“Ok, Amelia.”

Aku menjeling. “Dahlah. I nak balik sekarang. Bye.”

Dia hanya tersenyum dan mengikutku. Apahal budak ni ikut aku ni? “I balik dulu?”

Yeah, I know. I nak salam your parents je.”

Overlah hipokrisi dia ni! Depan mak bapak aku punyalah baik. Bila dengan aku? Haru!

“Balik dulu, uncle, aunty...” Cam bersalam dengan bapaku dan Rayyan. “Good luck for your SPM, Rayyan.”

Thanks. Moga berbahagia dengan my sis.”

Aku menjeling. Nak termuntah aku dengar. Tak apa, esok aku tanya Cam.

Um, Cam?”

Yeah?”

Aku mengeluarkan sekeping kad dari beg tanganku. “My address.”

Cam tersenyum. “I’ll pick you up, ok?”

Aku mengangguk.

Bab 9

Akhirnya, Malaysia. Cam tersenyum. Dia melihat Jes dan keluarganya pergi.

Jesleena Amelia...

Dia sudah merancang sesuatu. Yang mungkin akan menyakitkan hati seorang insan yang bernama Jesleena Amelia. Rasa debaran di dalam hati bila memikirkan rancangannya. Bodoh ke apa yang aku nak buat ni? Tak apa. Aku tak nak meruntuhkan ego!

Gadis yang pernah dicintainya akan berkahwin esok. Berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh lebih berilmu dalam hal agama dari dia. Walaupun Cam lebih berharta, lelaki yang akan berkahwin dengan Adrianna lebih kaya dengan ilmu agama.

Salah aku ke kerana kekurangan ilmu dalam agama Islam? Salah aku ke kerana melepaskan Adrianna macam itu sahaja? Salah aku ke kerana aku jarang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.?

Cam mengeluh perlahan. Keluarganya masih tidak tahu dia sudah berada di Malaysia.

Dude, are you okay?” Tiba-tiba bahu Cam di tepuk.

Cam terperanjat. Mahu mati katak aku kalau aku ada penyakit jantung?! Tak sempat kahwin lagi aku dah mati? Tak mahulah! “Xavier, were you trying to kill me?!”

Xavier hanya tersengih. “You’re still alive.”

Cam membuat muka.

What’s wrong, dude? That girl?”

Cam melihat Xavier. Dia menjongket satu bahu. “I don’t know. Maybe. Esok Ad nak kahwin. And I invited Jes, as my... date.”

Kening Xavier terangkat. “What?”

Agak-agaklah sikit si Xavier ni nak berdrama. Hish, kawan aku yang seorang ni. Over betul! Cam tersenyum kelat. “Ajak pergi majlis kahwin je. Bukannya apa.”

Are you trying to use Jes to make Adrianna jealous? Are you trying to hurt Jes? Dude, Jes is my girlfriend’s best friend.” Xavier menggelengkan kepala melihat sahabatnya. Bimbang apa yang akan Cam lakukan kepada Jes.

Cam melepaskan nafas di mulut. “It’s nothing, man. I will do no harm.”

No harm, but you’ll hurt her mentally, Cam. She’s a great girl.” Xavier menepuk belakang badan Cam.

Sebelum Cam sempat berkata apa-apa, Mika sudah berada di sebelah Xavier. “Hey!”

“Darling...” Xavier tersenyum. “We have to go now?”

Yes, love. Now. Let’s go!” Mika menarik tangan Xavier. “Oh, Cam, it’s pleasure to know you.” Mika sempat berkata.

Cam mengangguk sambil tersenyum. “Yeah, you, too. And Jes, too, of course. Nanti nak balik UK, maybe kita boleh fly sama-sama lagi?”

“Sure thing!” kata Mika, masih tersenyum sehingga menampakkan baris pendakap gigi yang dipakainya.

Setelah Mika, Xavier dan keluarga Mika pergi, Cam melihat iPhone miliknya. Alamat Jes. Semakin dia memikirkan rancangannya, semakin dia rasa teruja dan di dalam masa yang sama, rasa berdebar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

Apa yang berada di dalam fikiran Cam?

Tak mungkin dia akan pergi ke Kuala Lumpur. Tak mungkin dia akan memberitahu bapanya dia sudah pulang. Tetapi, bapa Adrianna berkawan dengan bapanya.

Papa, I’m finally home, pa. And it will be a pleasure surprise.

Sarcastically.

1 comment: