Bab 1
Namaku Jesleena Amelia. Bukan Jaslina. Atau lebih dikenali sebagai Jes. Konon Jessica lah kan. Keluargaku memanggilku Mia kerana namaku, Amelia. Aku berdarah campuran Melayu-Arab-Belanda. Bapaku Melayu-Belanda-Inggeris. Ibuku pula memang orang Arab. Jangan tanyalah warna mataku, bukan biru, bukan hijau, tetapi coklat. Okeylah tu kan.
Rupa parasku agak lawa dan aku bersyukur dengan apa yang Allah ciptakan. Ketinggianku 5’2. Rendah tetapi comel. Bentuk badanku sederhana. Mempunyai kening lebat tetapi tidak tebal, tidak juga nipis. Memang terbentuk sempurna tanpa perlu mencabut kerana ketika aku masih bayi, ibu bapaku mengamalkan petua melukis keningku menggunakan pensil kening. Mataku bulat bersama bulu mata yang lentik. Hidungku mancung (bukan nak perasan, dah memang fakta). Bibirku, atas nipis, bawah tebal. Kulitku putih. Tidak perlu pemerah pipi, pipiku akan menjadi merah tatkala aku menjadi malu. Hi hi hi.
Tetapi aku bukanlah seorang yang menggunakan kecantikan untuk mendapat apa yang aku mahu. Ketika zaman sekolah dahulu, aku memang tomboi. Semua lelaki gerun denganku. Sebenarnya memang ramai pernah “ayat” aku, tapi malang bagi nasib mereka, penampar percuma yang mereka dapat. Ramai juga tergoda dengan sifar kasarku. Terutamanya orang yang selalu aku gaduh. Macam-macam betullah mereka. Aku bukan apa, Cuma taste aku ni, tinggi sikit. Aku suka lelaki orang putih. Muwehehe.
Cukuplah dengan pengenalan diri. Aku ingin menceritakan kisahku. Pahit ada, manis ada, masam ada, pedas ada, tetapi itulah kehidupan. Baca, jangan selak muka surat belakang. Tak surprise, ok. Perlu baca dari awal untuk lebih faham cerita ini.
“Oi, sudah-sudahlah tu dengan menulisnya Jes oi,” tiba-tiba rakanku, Mika menegur. Nama dia agak pelik juga, nama sebenarnya ialah Sharmila tetapi dia tidak suka orang panggil dia Mila, dia menggelar diri dia Mika.Macam-macam betul.
Aku melepaskan pen ungu kegemaranku ke atas buku jurnalku dan menutup buku tersebut. “Nak apa, Mika?”
“Jom jalan-jalan, aku bosan ni.”
Macam biasa, Mika memang suka keluar, menikmati udara sejuk di sekitar Edinburgh. Sudah 4 tahun aku tinggal disini untuk belajar menjadi seorang doktor. Aku dah biasa dengan tempat-tempat di sini, tapi mestilah aku rindu rumahku di Malaysia. Rindu mummy, rindu daddy, rindu Ryan, adik lelakiku yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
“Ehem, apa lagi kau termenung tu Jes?”
Lamunanku terhenti. “Oh. Takdelah, tiba-tiba teringat rumah aku doh.”
Mika tersenyum. “Lek ah, aku pun. Tapi sekarang aku nak jalan-jalan, jom lah...”
“Boyfriend mat salleh kau kan ada...” Aku tersengih kat dia. Memang kacak teman lelaki dia, tapi aku tak minat lah, tak ada hati aku nak ambil hak orang. Hak ke? Alah, kira hak lah, mana boleh rampas boyfriend. Aku memang tak minat pun. Serius.
Muka Mika berubah warna macam tomato. “Alaa, jomlah Jessie.....” Dia menarik-narik lenganku.
“Kenapa?” Aku buat-buat suara lembut macam suara dia.
“Saje. Kau asyik terperap dalam bilik ni, jom ah keluar... Risau aku tengok kau tau...” Mika cuba buat muka comel. Memang comel pun budak ni. Ye ye aje risau pasal aku. Aku menggelengkan kepala.
“Kau ni macam-macam betul lah, Mika.”
Mika masih tidak berputus asa. “Please? Please please pretty pinky purple poreber please?”
Aku mengeluh. “Yelah. Aku nak bersiap jap.”
“YAY! Sayang Jes!”
“Memang kau sayang aku pun.” Aku bangun dari katil dan mengikat rambut panjang ikal mayangku.
Mika tersengih. “Cepat tau, aku tunggu kau.”
“Aku nak ambil jaket dengan pakai tudung je pun.”
“Kau pakai tudung pun berjam-jam.”
Aku tersengih. Memang pun. Terutama bila pakai selendang, aku memang pakai lilit sana lilit sini, ala-ala Hana Tajima lah katakan. Tudung bawal pun aku pakai stail Hana Tajima. Aku mencapai baju tebalku yang berwarna merah dan selendang hitamku. Mika memang tak pakai tudung. Rambut perangnya yang kerinting dilepaskan begitu sahaja.
Setelah aku bersiap, aku mengambil skarf kerana cuaca di luar memang sejuk sangat. “Jom,” kataku pada Mika.
“Jom.”
Aku mengambil kasut boots aku dan memakainya.
Eee, aku memang suka bila orang sesuka hati je langgar aku.
“Are you blind or what?!” lelaki yang melanggar aku ketika aku hendak keluar dari apartment yang aku duduki buat sementara di Edinburgh berkata dengan kasar padaku.
Suka hati dia je nak cakap macam tu. Dia yang menggelabah nak masuk tadi. Memang aku nak mencarut sekarang juga. “Excuse me, you were the one who bumped into me, idiot!” Aku melihat muka dia. Muka kacak, tapi nauzubillah, macam hantu, teruk betul perangai. Aku menyumpah di dalam hati.
Dia merenung tajam mukaku. Lama pulak tu dia tenung muka aku. Tahulah aku lawa. Ok perasan. Ada something kot kat muka aku... Mukanya tak macam Melayu. Matanya kelabu-hijau, tidak sepet, tidak juga bulat tapi cantik je. Keningnya lebat juga, hidung mancung. Mulutnya... nipis. Warna macam pakai lipstik. Merah. Tulang pipinya memang naik. Rambut perangnya agak selekeh tapi nampak seksi. Ya Allah apa aku fikir ni?
“Apa pandang-pandang?!” Terus aku sergah.
“Oh Melayu rupanya.” Memang lah aku Melayu. Aku ada rupa orang putih ke? Kejap, dia cakap Melayu? Fasih pula tu. Laa, memang sah lah dia Melayu, tapi rupa orang putih. Tadi ketika berbahasa Inggeris pun siap ada British accent lagi. Memang cair habislah kalau dengar, susah nak jadi solid balik. Mix kut. Ah apa-apa sajalah.
“Enough, I don’t have time for this.” Dia memandang aku dengan tajam sekali. Grr, gerun aku tengok. “Next time, you better watch carefully, stupid girl.”
Ini memang aku pantang. Memang pantang orang panggil aku bodoh. “Don’t you ever dare calling me stupid when everything was your fault! Kurang ajar!”
“You called me idiot, I call you stupid. Back off, I’m in rush.” Dia melanggar aku sekali lagi dan masuk ke dalam bangunan apartment. Alamak, tolonglah dia bukan jiran aku...
Ah, Mika ni mana pulak? Elok-elok tinggalkan aku. Bertuah punya budak. Aku dengan bengangnya melangkah keluar seorang diri.
“Jes!”
Ada pun budak ni. Xavier, teman lelaki Mika turut ada sekali disebelah Mika, kedua-duanya berpegangan tangan. Haih pasangan yang walaupun tak sama tinggi sebab Mika yang comel ni agak rendah dari lelaki yang memang tinggi lampai ni, tetapi dorang memang secocok.
“Mika! Kau asal tinggalkan aku! Sudahlah tadi ada mamat hantu langgar aku tadi!” Aku menjeling.
Mika tersengih sehingga menampakkan pendakap giginya. “Sorry lah. Aku ingat kau ada dengan aku, tengok-tengok kau dah missing in action. Sorry lah wei...”
Heh, banyaklah kau punya missing in action. “Eee, kau ni.” Aku mendengus.
Mika memegang lenganku dengan tangan kanannya. Tangan kirinya dipegang oleh Xavier. “I’m sorry la, tak sengajalah... Next time aku tak buat lagi.”
“Hmm, dah jumpa darling kau, tinggalkan aku lagi...” Aku memeluk tubuh.
“Dahlah, janganlah muncungkan mulut, kan dah mulut itik. Sorry lah... Ampunkan hamba, tuanku, ampun...”
Mulut itik dikatanya aku? “Yelah, yelah. Nasib baik kau kawan baik aku.”
“Yay! Macam nilah Jes aku!”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Jangan buat lagi tau.”
Mika mengangkat tangan kanannya. “I promise.”
Akhirnya aku tersenyum. “Okay jomlah.” Oh lupa Xavier pulak. “Hello, Xavier.”
Xavier yang dari tadi membisu mengangguk. “Hello, Jes,” katanya sambil tersenyum.
“Let’s go!” kataku.
Banyaklah pulak assignment aku ni. Aku melihat kerja-kerja yang perlu aku siapkan di atas katilku. Aku memandang komputer ribaku di hadapanku. Aku membuka lagu dan mendengarnya dengan earphoneku. Aku memang tak sah kalau tak buat kerja tanpa mendengar lagu.
Sementara itu, aku sempat membuka Twitter. Aku memang begini, bila buka komputer sahaja, Twitter mesti terbuka.
I wonder if my mum and dad would said,
If I’d told them that I cried each day,
It’s hard enough to live so far away.
Aku baru menyedari bahawa aku sedang mendengar lagu Sad Song nyanyian Christina Perri. Ish, aku memang tak ada mood nak dengar lagu sedih-sedih ni. Tak ada alasan pun aku nak bersedih ni pun. Aku menukar lagu.
I Feel Like Dancing Tonight pun jadi. Lagu ni memang buat aku rasa nak buang semua benda kat depan aku dan menari sepuas-puasnya tetapi bila fikir housemate aku, harapan lah jadinya. Kalau aku dengar lagu Rolling In The Deep, habis satu apartment dengar jeritan zahir dan batinku. Aku memang boleh mengalahkan penyanyi antarabangsa tetapi aku tak nak jadi penyanyi kerana suara itu aurat. Ya, itu penipuan Nur Jesleena Amelia Binti Amri.
“Oi! Kau buat assignment ke ber-Twitter, ha?”
Sibuk betullah Fat ni. Namanya Fatema, saja panggil dia Fat walaupun badan dia keding je. Boleh nampak dengan jelas rangka tulangnya. Tetapi dialah orang yang paling kuat makan dalam rumah ini mengalahkan Shima, seorang lagi teman serumah aku yang badan dia agak... XXL... oops. Tak baik, Jes, tak baik.
Aku tersengih. “Aku... err... aku... tanya budak Twitter pasal assignment ni.” Aku memberi Fat senyuman yang termanis sekali. Termanis? Bolehlah.
“Yelah, Jes. Kau tu patutnya belajar elok-elok. Ni dah jauh dah perjalanan kau, dah sampai Edinburgh, jadi kau jangan sia-siakan peluang ni. Dah tiga tahun kau menuntut nak jadi doktor ni. Baik kau abaikan dulu Twitter kesayangan kau, then do your assignment.”
Itu dia, ustazah Shima dah berceramah. “Okey ustazahku yang tercomel!” Aku buat muka comel.
Shima menggeleng-gelengkan kepala. Aku memang sayang dengan Shima ni. Dia baik sangat. Walaupun mulut dia mengalahkan mak nenek sikit (oops), tapi dia baik. Dia boleh jadi kawan sejati. Tapi aku tetap lebih menyayangi Mika. Dialah kawan aku yang paling memahami, paling baik, paling annoying pun aku tetap sayang sebab perangai aku menyakitkan hati, memang sayang lah Mika. Paling gedik, paling gila, paling comel, paling manja, paling....
Aku dah boleh berhenti sekarang ni.
Tiba-tiba aku rindu keluargaku di Malaysia. Aku pergi ke telefon rumah di tepi katil dan dail nombor rumah.
“Hello?”
Aku dapat cam suara tersebut. “Mummy, ni Mia ni.” Aku kata. Keluargaku memang memanggilku dengan nama belakang. Keluarga terdekat sahajalah.
“Amelia!!! Ya Allah, ibu rindu dengan Mia!!!” kedengaran ibu teruja dapat mendengar suara anak dia yang paling comel ini. “Abang! Anak kita, bang! Anak kita telefon!” Aku mendengar ibu memanggil ayah.
Meleleh airmataku dapat mendengar suara ibu. “Daddy?” Suaraku semakin serak.
“Mia apa khabar kat sana?” tanya bapaku.
“Mia okey je kat sini. Mia rindu ibu dengan ayah...”
“Ibu dengan ayah pun sama, sayang...” kata ibu.
“Akak!!!” tiba-tiba terdengar suara agak garau.
Aku tersenyum sendiri. “Ryan! How are ya?”
“I’m... fine... Kak, SPM susah lah kak... Benci Add Math! Macam mana akak dapat A, ha? Main aci machine gun je eh...”
Banyaklah kau punya machine gun! Punyalah aku berusaha mati-matian! “Ha’ah, akak pakai machine gun.”
“Jenis apa?”
“Jenis apa, apa? Kau belajar jelah, Ryan. Add Math senang je kalau buat banyak revision. It’s actually fun, ok.”
“Hmm. Susah ar.. Boleh mati time exam!” Kedengaran kecewa dalam suaranya. Aku menggelengkan kepala. Rayyan, Rayyan.
“Adik,”
“Apa?”
“Ada awek baru tak? Tu ha si Tinna tu...”
“Shh, akak, mummy dengan daddy kat sini lah! Kantoi kang, nasib baik tak loud speaker.”
“Haa, apa ni, apa ni...” tiba-tiba suara mummy kedengaran di hujung talian.
“Ha, tapi Rayyan, kau kata Add Math susah, kan? Kau jangan nak mengada-ngada nak bercintan-cinton. Belajar!”
“Ok akakku yang tercinta!”
“Eee, geli katak aku dengar!” Aku menggelengkap kepala. “Okeylah, adik, mummy, daddy, Mia ada banyak assignment ni. Nanti Mia balik Malaysia, insyaAllah... Cuti nak dekat ni.”
“Balik, ya, sayang? Mummy rindu ni...”
“Daddy pun rindu dengan anak daddy.”
“Ehem. Adik pun. Ada banyak nak tanya ni.”
Mendengar suara mereka yang memberi semangatku untuk belajar lebih gigih untuk menjadi doktor. Aku berjanji pada mereka untuk menjadi seorang doktor pakar sejak dari kecil lagi. Dan aku tidak mungkin akan mungkir janjiku pada mereka.
best la cerita ni.sambung lagi please! :D
ReplyDelete