Bab 2
Alhamdulillah, kerja aku selamat dihantar kepada pensyarah aku yang memang garang. Presentation pun dah buat. Kelas pun berakhir. Yang penting sekarang, aku nak balik berehat kejap, sebab nanti ada lagi kelas pukul tiga nanti.
“Hey, um, do you want to grab lunch with me?”
Okey dulu aku memang suka-suki jugak si Allen ni, tu pun sebab mula-mula jejak kaki ke sini, memang aku suka lah mamat orang putih kan. Dengan British accent dia, memang boleh pengsan aku tergoda sangat dengan loghat dia! So aku mula rapat-rapat dengan dia. Hehehe zaman tak matang. Atau boleh dikatakan zaman kegedikan. Sekarang aku dah insaf sikit kawan dengan Shima, aku dah tak kisah dah pasal kacak ke tak. Yang penting sifat dalaman dia. Eceh.
Allen ni walaupun belajar architecture dan aku pula study medic, tapi di sebabkan Veronica, kawan aku, aku kenal dengan Allen. Allen dan Veronica berkawan baik dari tadika lagi, rapat sampai sekarang. Pernah aku tanya mereka pernah date tak, mereka kata pernah tapi tak berjaya. Teringat kata-kata Veronica, “I will never date best friend. It’s just feels so odd. And I’m afraid if the relationship could change our bond.” Ada benar juga.
Lamunanku terhenti. “Lunch? Yeah, uh, sure.”
Dia kawan aku. Jadi, tak salah untuk aku terima pelawaan dia. Dia tersenyum. Senyuman yang amat mempesonakan. Dia pun baru putus cinta dengan teman wanita dia....... okey Jes dah mula gatal. Astaghfirullahal’azim, astaghfirullah!
“Great then. Let’s go.”
Mika ada kelas, Shima pun sama dan begitu juga dengan Fat. Memang aku dengan Allen jelah sementara ini.
Aku dah biasa sebenarnya jalan berdua dengan dia. Kadang-kadang ada yang salah anggap mengenai hubungan kami berdua. Tapi sekarang dah tak lah. Sejak dia dah ada teman wanita dulu tu, keadaan menjadi normal kembali kerana mereka tahu aku dan Allen hanyalah kawan rapat. Aku memang suka kawan dengan Allen. Dia memang memahami dan kelakar dan gila. Memang spesis aku lah kan.
Paling aku suka, kami berdua suka berdebat dalam bahasa Inggeris. Aku suka debat dengan dia bila kami tidak bersefahaman. Kerana itu dia seorang kawan yang bagus. Bila kami ada perbezaan, kami berdebat, dan akhirnya kami berdua membiarkan sahaja. Tidaklah sampai ada pergaduhan.
“So after you graduate, you’ll work at Malaysia?” tanya Allen.
Aku mengangguk. Aku meminum seteguk air jus oren di hadapanku.
Dia mengangguk. “I would like to visit Malaysia sometimes. I heard Malaysia’s a beautiful country.” Dia berkata dengan senyuman yang amat mempesonakan, tetapi aku dah tak minat dia dah.
Dari tadi aku asyik mengangguk sahaja. Rasanya aku terlalu diam pula. “Yes, yes, and when you visit here, don’t forget to call me, ok?” aku berkata.
“Yes, sure, sure, of course I should. That’s a must.”
Aku dan Allen berborak-borak kosong dan kami ada juga berbincang tentang perkara-perkara medik. Kadang-kadang ada juga aku tertawa dengan gurauannya. Itulah yang membuat aku selesa dengan dia. Boleh pula kitorang ada juga menggila di kafe tersebut. Tetapi yang paling aku tak boleh tahan nak gelak tu bila dia cuba bertutur dalam Bahasa Melayu. Comel je hahaha. Geli hati aku dengar! Ya, aku memang jahat. Kejam habis gelakkan dia.
Kemudian jam sudah pun pukul 1.30 tengahari. Aku dan Allen akhirnya bangun dari tempat duduk. Lepas ni aku ada kelas, dia tak ada. Ni yang aku sayang kawan aku ni, Allen menawarkan diri untuk membelanja aku, seperti biasa.
“Well, thanks so much for the treat.” Aku berkata. Aku rasa aku tak senyum. Sengih ada la. Muehehe. Jimat duit. Makan free siapa tak suka? Aku suka makan. Aku sayang duit. Haaaa.
Dia tersenyum. “Of course, no problem. I’ll see you later.”
“Yes, goodbye, Allen.”
“Goodbye, Jes.” Dia mencium pipiku.
Aku membulatkan mata. “Err, Allen, you know, you can’t do that to me, again. You can’t even touch me, even as a friend.”
Dia menunjukkan wajah yang kesal. “Oh, I’m sorry, I’m so so sorry. I mean, I’m getting used of doing that I’ve forgotten because there are some Muslims who doesn’t really care if I did that. I’m really sorry for my inappropriate behaviour.”
Aku menggigit bibir. “Yeah, uh, awkward. It’s okay. Um, I’ll see, uh, see you tomorrow.” Aku terus beredar. Ya Allah sesungguhnya aku tidak akan pernah melupakan kejadian tadi.
Di kelas, aku memang tak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang Mrs. Lee, pensyarahku bercakap. Aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap penyampaian yang disampaikan oleh pelajar sekuliah. Aku masih terfikirkan apa yang terjadi tadi.
Bukankan dia sudah tahu pantang larang aku sebagai seorang Muslim? Bagaimana hendak menghormatiku? I’m getting used of doing that I’ve forgotten because there are some Muslims who doesn’t even really care if I did that. Ya, umat Islam sekarang memang jenis tak kisah. Astaghfirullahalazim.
Memang aku juga tahu bahawa rakan baikku, Mika juga selalu berpegangan tangan dengan teman lelakinya itu. Pernah juga mereka mencium pipi. Mulut tak lah. Tak pernah aku nampak. Itupun dah berbuih mulut Shima memberikan ceramah kepada Mika, tetapi Mika buat tidak endah sahaja.
Maklumlah, Mika dilahirkan di London dan membesar disana. Kemudian dia berpindah ke Kuala Lumpur ketika dia berumur empat belas tahun. Sekolah pun di sekolah swasta. Beginilah jadinya. Tapi sekarang dia semakin memahami konsep Islam. Sebelum ni pun dia tahun sedikit je tentang Islam, walaupun dilahirkan sebagai orang Islam.
Aku pun begitu dulu. Sungguh jahil. Baju pun, terus teranglah, memang macam tak cukup kain. Tapi tidaklah sampai tak tahu banyak tentang Islam. Banyak aku pelajari, cuma aku memberikan alasan aku tidak bersedian untuk memakai tudung semua benda.
Solat pun aku banyak tinggalkan. Sungguh, aku memang jahil. Tetapi sejak berkawan dengan rakan lamaku di sekolah menengah, Zureen dan Maryam. Sejak ustazahku ketika di sekolah menengan membuka hatiku untuk memakai tudung. Sejak asyik diceramah dengan si ustazah Shima. Aku bersyukur sangat.
“Jes?”
Aku tersentak. “Uh, yes?”
“Where were you?” tanya Mrs Lee padaku. Orang lain pula ada yang tertawa, ada yang cuba menahan tawa.
Kenapa ni? Kenapa ni? Apa yang dah jadi? Asal dorang gelak?? “What do you mean by where was I?” Aku kat sinilah! Aku ada guna magic nak teleport pergi tempat lain ke? Pelik. Aku boleh teleport?
Mrs Lee hanya menggelengkan kepala. “Next time, stop dreaming in class, Jesleena.”
Laa, boleh pulak tanya aku kat mana tadi. Memang serabut la fikiran aku. Sebab aku termenung ke...
Setelah habis kuliah, aku berjalan pulang bersama Mika yang mengambil sama kursus denganku. Kelihatan kelibat seorang lelaki tinggi menghampiri kami. Siapa lagi kalau bukan teman lelaki Mika, Xavier. Mika tersenyum.
“Hey, baby,” kata Xavier memberikan senyuman menggoda kepada Mika. Mika jelah tergoda, jangan kata aku tergoda pulak. Dia memandangku pula. “Hello, Jes,” katanya dengan senyuman.
Aku pun senyumlah balik. “Hello, Xavier.”
Kemudian datang pula lagi seorang lelaki yang hampir sama tinggi dengan Xavier. Seperti pernah kulihat jejaka ini...
“Darling, Jes, this is my best buddy, Cam. Cam, this is my beloved girl, Mika and this is Mika’s best friend, also my dearest friend, Jes. Jes, this is Cam, he’s an accountant. Cam, Jes is a future doctor.” Ceh, cara Xavier perkenalkan kitorang tak boleh blah lah pulak.
Cam? Kamera? Cameron Highlands? Orang putih ke? Aku meneliti muka dia. Dia pun terpandang aku. Mata kami bertemu. Alamak... Dan... dia akauntan? Oh my god....
“You again?!” Serentak suara kami berkata.
Patut ah muka familiar. Mamat hantu ni rupanya! Aku menjeling dan menyilang tanganku.
Cam kemudian buat-buat muka biasa balik tanpa memandangku. Aku pun apa lagi, menjeling ke arah tempat lain lah. Tak ada niat pun aku nak tenung muka dia lama-lama. Budak kurang ajar, huh!
Mika dan Xavier memandang kami dengan aneh.
“Korang ni... pernah jumpa ke?” bisik Mika.
“Yes, have you two met?” tiba-tiba Xavier menyampuk bisikan kami. Sibuk betullah Xavier. Faham pulak Bahasa Melayu yang Mika cakap tadi.
“Nope, we never met.” Laa, mamat ni dengar rupanya bisikan Xavier dan Mika. Heh.
Xavier dan Mika hanya mengangguk. Nanti-nanti jelah aku beritahu Mika.
Kemudian Mika menarik lenganku ke tempat jauh. Dia sempat lagi berkata “Excuse me” kepada Xavier dan mamat Cam tu.
“Ok, bagitau aku sekarang. Korang ni ada sejarah ke?”
Bulat mataku memandang Mika. “Sejarah? Apa kau gila ke? Kalau ada memang tak ah kitorang cakap you again! Buat-buat tak kenal lah kalau macam tu kot.”
“Habis tu? Dia akauntan lagi itu!”
Aku mengeluh. “Dia tulah mamat hantu tu. Mamat yang langgar aku masa kau tinggalkan aku. Tak sampai 24 jam aku boleh pulak jumpa dia lagi.” Aku menjulingkan mataku ke atas. Menyampah bila fikir balik.
“Ooh...” Mika mengangguk tanda faham. “Eh, handsome apa mamat tu. Korang ada jodoh ni...”
Jodoh? Ya Allah nak termuntah aku. “Banyaklah kau punya jodoh! Eee, mamat kurang ajar macam tu, tolonglah.”
Mika tersengih. Macam kerang busuk aku tengok. Memang aku tengah geram ni. “Sorry lah, aku gurau je pun. Rilek ah, aku tengok muka dia pun sombong gila mamat tu.”
“Ha, tahu pun.”
Kami berdua memandang ke arah Xavier dan mamat hantu tersebut. Kalau boleh aku tak nak langsung pergi sana balik. Mika membuat muka comel dia tu.
“Jomlah... Jom jelah, Jes... Kau dah janji dengan aku dah kau nak temankan aku. Please, please, please...”
Hish, budak ni. Geram aku. “Yelah! Tapi kau belanja eh. Tak kiralah siapa yang belanja, janji aku tak nak keluarkan duit.” Ok, Jes, kau memang dasar budak tak tahu malu.
Muka Mika kembali cerah. “Thank you thank you thank you, Jes!” Dia melompat-lompat dan memelukku. Aku menepuk belakang dia.
“Ye, ye, ye.” Tak apalah, demi kawan manjaku yang tersayang ni, aku ikut jelah.
Mika tersengih sambil menggenggam tanganku. “You’re the best friend ever, Jes!” Dia berlari ke teman lelakinya.
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal langsung. “I know I am...” aku menggumam, menjawab apa yang Mika kata tadi. Memang kawan terbaiklah aku ni. Okey dah stop perasan.
Sepanjang aku di dalam restoran yang di cadang oleh mamat hantu tu, aku banyak mendiamkan diri. Si mamat tu pun ada la jugak dia jawab soalan Mika dan Xavier. Sesekali ada juga menjeling ke arahku. Aku tahulah aku comel. Okey over la ni tahap ‘keperasanan’ aku.
Kenapalah mamat ni duduk di hadapan aku? Nak pandang depan pun tak keruan. Hish!
“So, Cam, at Malaysia, where do you live at?” tanya Mika. Aku pula berpura-pura fokus kepada minuman jus manggaku. Fokus konon!
Cam menjilat bibirnya sebelum menjawab soalan Mika. Alamak, terpesona lah pulak! Aku cepat-cepat membuang fikiran tersebut dan melemparkan pandangan ke tingkap di sebelahku.. “Kat Damansara.” Dia menjawab dengan senyuman memikat. Memang dia kacak, lebih kacak bila dia senyum. Tapi..... perangai dia.... tak tahu nak cakap apa.
Kau ni pun Jes, cepat betul menilai orang.
“You live at Damansara? Jes pun sama!” aku tersedak apabila namaku disebut oleh Mika.
Aku berpura-pura tersenyum. Senyuman ikhlas aku memang mahal. Mamat tu pulak senyum sebaris je. Heh, sombong.
“Entah-entah korang ni... jiran kut!”
Bulat mataku memandang Mika. Aku? Jiran dengan dia? Ehem, setahu aku la, aku rasa aku kenal siapa jiran aku. Depan, belakang, kira, kanan semua aku tahu. Tak pernah pulak dengan ada nama mamat bernama Cam. Kamera ada la ramai pakai DSLR. Tu jelah.
Aku memukul lengan Mika. Tak sengaja, geram sangat kot. “Ish! Damansara tu besar lah, Mika sayang oi!”
Mamat tu memandangku sekilas. “You stay mana?” Tanya soalan pun suara macam tak berminat je.
Okey, jangan sombong, Jes. “Dekat Damansara Utama.” Aku jawab macam tu jelah.
Dia mengangguk. “I duduk kat Damansara Indah. Nak dekat tu.”
Oh, tempat tu. Banyak rumah cantik tu. Ni nak berlagak dengan aku ke apa? Ya Allah, kenapa aku asyik berfikiran negatif je ni? Aku hanya mengangguk.
Kemudian kami berdua pun kembali berdiam diri. Xavier mula bersembang dengan Cam. Ada juga yang Mika menyampuk. Ada juga dalam perbualan mereka menyebut namaku. Aku hanya tersenyum sahaja.
Tak apa, yang penting makanan telah menyelematkan aku. Aku memang kena menumpukan perhatian kepada makanan sahaja. Sedap spaghetti ni.
Ya, itulah aku. Aku tak bagus dalam bersosial sangat. Aku tak reti merancakkan perbualan. Tapi bila dah biasa dengan kawan-kawan yang ‘gila’, barulah aku boleh. Aku hanya menggila dengan teman rapat sahaja. Dan aku memang susah nak rapat dengan orang.
Aku memasukkan suapan yang terakhir. Cepatnya aku habiskan makanan ni. Hantu lapar, biasa lah. Aku menghabiskan minumanku sebelum meminta diri ingin beredar. Aku dah malas dah ni.
“Err, Mika, ah, aku balik dulu tau.”
Mika memandangku dengan pelik. “Cepatnya! Rileklah dulu, Jes.”
Okey, cari alasan yang bernas, Jes! “Aku dah penat ni... Tiba-tiba pening kepala.”
“Tak apa, I pun nak balik. Apartment kita sama je kan? Jom, I hantar.” Cam berdiri dari tempat duduknya dan mendekatiku.
Aduh, bila masa pulak dia ni baik hati sangat? Eee, memang betul-betul pening kepala aku sekarang. Nak cakap apa ni?
Sebelum aku sempat berkata apa-apa, Mika sudah berkata, “Yes, good idea! You two can go home together. I want to stay a little longer here, with Xavier.”
“Shall we?” kata Cam.
Ah sudah. Mungkin dia bukan apa yang aku sangka kut. Mungkin dia ni baik... Aku menganggukkan kepala. “Yes, we shall. Let’s go.”
Sepanjang perjalanan aku dan Cam pulang, kami berdua sepatah pun tak berkata apa-apa. Apatah lagi dia. Aku rasa macam nak je mulakan perbualan dengan dia. Entah-entah dia baik ke, apa ke. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Bukan tak tahu sebenarnya, segan sebenarnya.
Sesampainya kami di Ramsay Hall, asramaku yang turut dihuni oleh Cam, akhirnya Cam bersuara. Tapi bukan dengan ramah. “You jangan ingat I nak berbaik dengan perempuan tak pandang depan macam you. Tadi tu sekadar nak jadi peramah. Yelah, takkan nak sombong depan kawan baik I kut. So, jangan dekat dengan I.”
Kurang ajar punya mamat. Tadi dekat kafe macam baik je. Memang pelakon terhebat mengalahkan Aaron Aziz! “Eh, mamat, aku pun tak ada niat lah nak berbaik dengan kau. Mamat sombong macam kau, buat apa!” Nah, tak ada kelas lah panggil I-you ni. Guna aku-kau lah wei. Bekas minah gangster terhebat SMK Damansara Utama ni.
Dia mengerutkan dahi. “I know I’m handsome, so you better stay away from me.”
Sumpah perasan! “There’s a lot more cute guys out there lah. Please. Tak payah nak perasan sangat lah kan.”
Dia menjeling tajam. “Macam dorang pandang kau. Sudah ah. Malas nak gaduh dengan perempuan, takut kau menangis pulak.” Dia melanggar aku sekali lagi dan terus berjalan masuk ke dalam apartment.
Ni dah kali ketiga dia melanggar aku! Aku memang pantang kalau orang panggil aku lemah. Heh, tak pandang katanya? Biar tak pandang, aku nak fokus kat pelajaran jelah! Menyampah betul. Aku ada kasut lima belas inci kat rumah, memang aku nak baling kat dia. Biar dia rasa.
Sesampainya di rumah aku masih teringatkan kata-kata Cam. Aku tak tahu kenapa aku rasa sakit hati. Aku tak tahu nama penuh kau apa, kamera ke apa ke, tapi lantak lah. Aku malas nak ambil tahu.
ouch that hurts!ingatkan dia memang baik.rupanya ohh tidakk T_T
ReplyDeletenak tahu pasal uni eh?hihihi
kalau kat edinburgh tu tak tahulah macam mana.lagi-lagi medik.
maybe you boleh baca my ex schoolmate punya blog.she's studying medic in russia.
you can look at my blog list.nama blog tu 'tales and craps'. she always tells about her studies and routines. ^^