this blog is just my past now. sometimes i'm only here for occasional rants/lepaskan geram that i hope no one will read anymore.

For more information, Visit ;

Saturday, February 4, 2012

Improving my Bahasa.

Ok, I actually want to improve my Bahasa. Jadi, hari ini saya akan bercakap dalam bahasa Melayu seratus peratus tanpa ada tiba-tiba sesat bahasa Inggeris. So boleh buat karangan. Tengok, kan ada 'so' -.- . Nak buat ayat bagus, karangan yang memang mantap (ecewah, mantap. lol) semua. Esok nak tulis dalam bahasa Inggeris guna words yang tak pernah digunakan :p

Jadi hari ini nak buat karangan............. kot.

Hari ini saya bangun pagi untuk pergi sekolah. Hari ini hari Jumaat.

Ok, itu memang ayat budak darjah satu punya. Ayat pada malam ini memang skema habis ah.

Memandangkan cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang doktor dan penulis, jadi saya ingin meningkatkan kemahiran menulis saya. Saya rasa (insecure dalam BM apa....) tidak berkeyakinan setiap kali saya membaca karangan atau cerpen di dalam akhbar. Sungguh, cantik betul ayat mereka. Setiap kali saya membaca ayat mereka, saya rasa macam kalau saya buat ayat memang peringkat satu punya. Low profile :p

Semalam di sekolah, ketika membuat latihan Bahasa Melayu, ya Allah, rasa sedihnya hati apabila melihat banyak perkataan yang saya masih tidak tahu maksudnya. Jadi saya ingin lebih mendalam bahasa Melayu. Tahun lepas, saya selalu mendapat tidak lebih dari tujuh puluh peratus. Saya selalu dapat enam puluh lebih macam tu. Tak meningkat! Saya tak nak. Saya nak memperbaiki tatabahasa saya. Saya nak memperbaiki format karangan saya. Saya nak tahu lebih banyak peribahasa.

Saya nak juga buat ayat yang memang sedap aje nak baca. Nak buat ayat dengan menggunakan gaya bahasa yang mantap. Mantap lol tak ada perkataan lain ke.........

Lepas PMR, kita akan diberi pilihan untuk memilih aliran, kan? Asalkan keputusan PMR kita bagus. Orang yang tidak dapat keputusan yang cemerlang dan dapat aliran sastera, tidak semestinya mereka akan gagal di dalam kehidupan. Betul tak? Sastera pun kira okeylah. Boleh jadi macam-macam. Tapi tak semestina mendapat keputusan yang betul-betul cemerlang untuk PMR itu tidak penting. Tak teringin rasa gembira, membanggakan ibu bapa kita menunjukkan keputusan kita.

Dalam bab memilih aliran ini, kita perlu memilih apa yang kita betul-betul minat sahaja. Kalau ambil kerana mengikut kata ibu bapa kita, untuk membuatkan kita rasa terpaksa dan tidak bersemangat untuk belajar. Tak boleh. Kena bijak memilih dan tanamkan rasa minat. Saya nak jadi doktor tapi saya tak minat katak. Bukan kena bedah katak ke nanti? Apa-apa sahajalah. Melihat anak mereka menjadi doktor adalah impian ibubapa saya sejak dari dulu lagi. Kakak saya sudah bekerja, abang-abang saya sedang belajar di universiti. Semuanya mengambil course ekonomi, akauntan dan IT. Tinggal saya sahaja yang masih berada di bangku sekolah. (eh betul ke ayat aku ni.) Ibu saya selalu berkata dia ingin melihat saya dan adik saya menjadi doktor.

Kadangkala saya berasa tertekan. Keluarga saya menaruh harapan yang tinggi terhadap saya kerana ketika saya mengambil keputusan UPSR, saya telah mendapat 5A. Mereka sering mengingatkan saya, kalau UPSR dah dapat 5A, bermakna PMR dan SPM juga wajib mendapat semua A. Saya ini bukannya berkeyakinan sangat. Tapi saya bertawakal sahaja, cuma usaha ini kurang sedikit. Benar, saya perlu membuang sikap malas saya dan baling ke Lone Island di Narnia.

Saya baru habis baca novel tingkatan tiga, iaitu Merenang Gelora. Tak adalah bosan sangat, tetapi nak kata cerita dia menyeronokkan, bolehlah...

Tadi saya telah membaca novel Belle karya Lesley Pearse tetapi hanya dua satu bab sahaja saya baca kerana saya baca sambil..... (kejap, nak fikir macam mana nak buat ayat.......) mencari perkataan dalam kamus. Ia mengambil masa selama setengah jam untuk satu muka surat sahaja! Itu pun kerana saya nak betul-betul faham ayat tersebut dan boleh menggunakannya untuk membuat karangan di masa hadapan.

Akhirnya saya mengambil buku lain yang lebih nipis iaitu The Painted Lady kerana kesabaran yang sangat nipis. InsyaAllah, selepas habis baca buku tersebut, barulah saya akan menyambung membaca novel Belle.

YA ALLAH, AYAT AKU TUNGGANG LANGGANG. SUNGGUH.

1 comment: