this blog is just my past now. sometimes i'm only here for occasional rants/lepaskan geram that i hope no one will read anymore.

For more information, Visit ;

Thursday, January 26, 2012

Bab 3 tenenenenenene

I haven't figure out the title for this freakin so-called novel. I mean, story. I don't know the title! I figured out what's the title but I forgot. Ugh, regret for not write it down -.- Whatever, what matters is I need to finish this first then I'll think of the title lol. Gonna be... uh, surprise? Omagad.

Bab 3

Cam menghempas pintu biliknya dan mencampak begnya ke lantai sesampainya dia di dalam bilik apartmentnya. Dia terbaring di sofa sambil meraup wajahnya. Aaaah kenapa perempuan tu mesti wujud dalam hidup? Kenapa?!

Ah tidak. Aku dah tidak percaya pada benda mengarut, iaitu cinta. Dengar perkataan itu pun dah buat dia berasa geli dan mual. Jiwang karat buat apa. Sejak pengalaman pahit yang lalu, bukan sekali, tapi empat. Sehingga dia berputus asa dengan perempuan. Tak guna...

Muka Jes terbayang di kepalanya. Ah tidak!!! Aku tak nak fikir lagi! Aku tak nak! Tak nak! Semua perempuan sama je! Aaaargh! Cam menarik rambutnya ke belakang.

Sarah, Lisa, Natasha dan... Adrianna Asyiqin. Sarah mengikis wangnya, Lisa curang dibelakangnya. Natasha? Mempergunakan dia. Tetapi Adrianna... Seorang gadis yang suci wajahnya. Yang baik, yang solehah, yang menyedarkannya sebagai seorang umat Islam. Tetapi tak sangka... dalam wajah sucinya yang bersih itu, dia sudah berkahwin dengan orang lain! Yang lebih kaya! Ah, Adrianna!!!

Bapanya pun satu. Mempunyai dua isteri. Isteri pertama adalah ibu Cam, isteri kedua... seorang perempuan seksi yang inginkan harta bapanya. Bapanya orang British mualaf, memang ramai mengejarnya. Kurang ajar punya mak tiri, goda bapak aku. Dahlah pakaian tak cukup kain! Argh! Cam membaling kusyen empat segi ke lantai. Benci perempuan! Benci! Benci!!!

Sejak Adrianna Asyiqin meninggalkannya dan bertunang dengan orang lain, Cam mula menjadi dingin dengan semua perempuan. Terutamanya dengan kemunculan seorang gadis bernama Jesleena, yang membuatkannya menjadi tidak keruan. Dia takut dia akan jatuh cinta dengan Jesleena jika dia mendekati gadis itu. Gadis yang bertudung. Muka comel je.

Kerana Adrianna Asyiqin lah, dia membawa diri ke London. Dekat dengan ibunya. Dia menyewa sebuah apartment dan mendapat kerja di sini. Dulu dapat ijazah pun dekat sini, jadi akauntan di sini jelah. Memang ramai perempuan lawa di sini, tetapi dia tidak mengambil kisah. Hatinya sudah tertutup untuk semua perempuan.

Tiba-tiba telefon bimbit jenama iPhone miliknya berbunyi. Ah! Pasti perempuan. Semua menyusahkan hidup. Argh! Tension! Cam membaling telefon bimbitnya. Tetapi bila di fikirkan balik, kalau ibunya, dia terpaksa menjawab.

Dia mengambil balik telefonnya. Mujur lantai berkarpet. Kalau tidak, sudah berkecai phone mahal tersebut. Dia melihat siapa pemanggil di skrin telefon tersebut. Private number? Mesti mummy. “Helo?”

“Ini... Kamal Adam ke?”

Ni siap bagitau nama panjang lagi. Suara itu... Suara itu seperti... oh tidak. Tidak.. “Yeah, ni Cam. Who is this?”

“Ni saya... Ad.”

Ad. Adrianna? Takkan... Tak mungkin... Tidak! “Ad mana?” jawab Cam dengan kasar.

“Adrianna Asyiqin.” Lembut suara itu menjawab pertanyaan Cam.

Cam menjadi tidak keruan. “Oh. Kau. Kau nak apa? Call aku ni apa hal? Tunang tinggalkan kau?” kata Cam dengan sinis sekali.

Terdengar suara keluhan di hujung talian. “Bukan... Emm... Saya nak jemput awak. Ke majlis perkahwinan saya. Sabtu depan. Hmm, awak ajaklah siapa-siapa teman awak ke, mak awak ke. Ajak je one famili. Awak tetap kawan saya...”

Majlis perkahwinan? Ah! Nak buat aku cemburu ke? Cam menahan rasa amarah. “Oh. Tahniah.”

“Terima kasih...” Adrianna menjawab dengan perlahan. Dia pun berasa sedikit bersalah dengan Cam. Lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. Namun dia terpaksa akur dengan keputusan ibunya yang ingin dia berkahwin dengan orang yang lebih alim. “Hmm, Kamal?”

Sebelum Cam ingin mengakhiri perbualan, Adrianna menegurnya lagi. Dia menjawab dengan malas. “Apa...”

“Awak dah ada pengganti? Mesti adakan? Awak mesti dah ada teman wanita baru...”

Ah sudah. Cam menelan air liur. Perempuan ni kenapa? Nak merendah-rendahkan aku? Tiba-tiba dia teringatkan Jes. Minah Arab itu. Jesleena, kata teman wanita Xavier. Dia tiba-tiba ada rancangan baru. Dia tersenyum sendiri. “Macam mana kau tahu?” Lantak kaulah, Ad, nak cemburu. Nak tengok kau cemburu ke tidak.

“Oh...” sayu suara Adrianna. “Baguslah. Awak dah... lupakan saya... Saya gembira untuk awak.”

Thanks.” Cam cuba membuat suara gembira. “Lagipun, dah enam bulan kan, takkan aku kena ingat kau je, buang masa aku je. Kami dah bertunang dah pun”

“Ya, betul cakap awak. Tahniah.” Adrianna berkata dengan ikhlas. Dia memang sudah mula menyayangi tunangnya. “Eh, err, Kamal, sebelum awak nak tutup fon, nak tanya ni, awak kat London ya sekarang? Saya dengar cerita macam tu.”

“Oh, ha’ah.”

“Tapi awak datang ke tak ni? Saya harap sangat awak sudi datang majlis saya.”

Xavier kata cuti semester mula minggu hadapan. Jadi dia boleh datang Malaysia bersama teman wanitanya. Bermakna... Jesleena pun mesti pulang ke Malaysia! Cam tersenyum sendiri memikirkan rancangannya. Jes, kau tunggulah. “Boleh, boleh. InsyaAllah. Girlfriend aku cuti so dia pun balik Malaysia sekali. Nanti aku ajak dia.”

Yeah! Saya memang nak jumpa dia. Gadis yang berjaya mencuri hati awak.”

“Okeylah, gotta go. Jumpa masa kat majlis tu nanti. Bye, Ad!”

Setelah habis bercakap dengan Ad, Cam meraupwajahnya berkali-kali. Ad, kenapa bukan aku pilihan kau? Aku boleh berubah demi kau, Ad! Kau seorang je perempuan yang aku percaya. Yang aku sayang. Tapi sebab kau lah, aku tutup hati kepada semua perempuan. Oh, Adrianna Asyiqin. Tension! Tension! Tension!



Tension! Tension! Tension! Argh rasa macam nak baling rumah je! Aku menggaru kepalaku. Pertama, assignment berlambak. Kedua, mamat hantu tu! Eee haru!

Memang betul ada satu kenyataan yang menyatakan “Nobody’s perfect”. Memang! Muka je handsome, tapi perangai, sumpah aku nak tenyeh muka dia. Muka handsome gila macam nak kahwin je dengan dia. Macam nak peluk-peluk cium-cium je. Ya Allah, apa aku fikir ni? Astaghfirullahalazim! Gedik bebeno Jesleena ni.

Aku pergi melihat kalendarku. Automatik bibirku mengukir senyuman. Yeay! Cuti nak dekat! Oh bahagianya hatiku! Berbunga hati riang! Ya Allah, Jes, kenapa dengan kau! Aku tersengih sendiri.

“Eh, minah, apa hal kau tersengih-sengih ni? Ingat Cam ye...”

Kepala hot kau, Mika! “Apa kau mengarut ni? Dahlah tadi tinggalkan orang! Huh!” Aku memeluk bantalku.

“Dah tadi elok senyum, sekarang muncung sedepa pulak!” Mika membaling bantalnya padaku.

Aku baling balik bantal kepadanya. Dia mengelak. “Hoi! Suka hati je baling bantal kat orang!”

Dia tersengih. “Jes, ceritalah kat aku, asal sengih-sengih ni? Tadi korang buat apa masa nak balik tadi?”

Buntang mataku memandang Mika. “Kau ingat aku buat apa? Bisu jelah! Buat apa nak cakap mamat tu. Bikin sakit hati wa je.” Aku menjulingkan mataku ke atas. Hatiku panas. Panas! Panas sebab mamat tu!

Muka Mika yang tersengih berubah. Dia menarik muncung. “Takut aku tengok kau. Haru! Asal sakit hati sangat dengan dia? Aku tengok, dia baik je...”

Baik kau kata si celup tu? “Tolonglah! Dia, baik? For your information, Mika sayang, mamat tu kurang ajar. Kau tahu tak apa dia kata masa kitorang sampai rumah?”

“Manalah aku tahu, kau ingat aku psikik ke?” Dia menggeleng-gelengka kepala. “Apa dia kata?”

Rasa sakit hatiku apabila mengingat kembali apa yang dikatakan. Rasa pedih sangat. Aku tak tahu kenapa. Selalu orang kata begitu, aku tidak kisah sangat. Tapi dia... Ah sudah! Tak mungkin aku... eee! Tolonglah!

Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditarik tolak. “Woi!”

“Kau lah woi! Apa mengelamun tu? Nak cerita ke tak?!”

Ya Allah, macam mana boleh aku lupa kawanku seorang ni bila teringat kata-kata Cam siang tadi? Aku mengeluh. “Okey. Sorry. Dia kata, suruh aku jauhi dia. Cakap dia tak ingin pun nak berbaik dengan aku. Plus, dia kata jangan perasan lah yang dia akan suka aku. Takkan ada orang pandang pun kat aku. Something like that lah dia kata...” Perlahan suaraku menyatakan apa yang mengganggu fikiranku.

Kenapa aku rasa sakit hati? Rasa pedih yang teramat? Selalunya aku tak kisah pun. Lantaklah orang nak suka aku ke, apa ke, aku tak kisah. Tapi kalau Cam... Ah tidak!

Mika mengusap-usap lenganku. “Aku tak sangka pula jantan tu kerek macam tu!”

Aku mengeluh lagi. Tidak, aku tidak akan mengeluh! Aku menarik nafas dan cuba untuk senyum. Senyum! Tak perlu kata apa-apa. Ceh! Aku mengambil bantalku dan menumbuk bantal tersebut seakan-akan aku menumbuk mamat celup tersebut.

“Udah-udah ler tu, Jes oi. Kesian bantal tu tak berdosa pun.” Mika menggeleng-gelengkan kepala melihat aku. Aku masih berdegil. Tidak puas hati. Dia menarik bantal yang aku tumbuk dan memeluk bantal tersebut. “Dah lah tu, Jesleena oi! Haih, bantal, kawanku ni dah gila agaknya, tumbuk-tumbuk kau. Tak apa, bantal. Aku ada, setia menemanimu. Kau tak berdosa tetapi malangnya nasibmu, terpaksa ditumbuk oleh minah psiko. Hai, bantal...” Mika memeluk bantal tersebut.

Kurang gula. Boleh pulak dia bercakap dengan bantal. “Woi, bantal tak boleh bercakap lah.”

“Yang kau tumbuk dia apahal? Dia mana tahu apa!”

Aku mencebik.

1 comment:

  1. kelakarlah pasal bantal tu! i cant stop laughing!

    oh best best! sambung la lagi.hantar karangkraf terus pun lagi bagus.:D

    ReplyDelete